MS0
Perkembangan
mutakhir apa yang didengari dari negeri di Utara, pergolakan politik
yang menerpa parti nasional Umno sudah semacam hendak berakhir. Walaupun
awalnya ia nampak seakan rumit untuk diselesaikan, tetapi momentum kini
bergerak ke arah penyelesaian.
Mukhriz Matahthir yang menjadi watak utama di sebalik pergolakan itu
seakan sudah tidak ada upaya lagi untuk mempertahankan dirinya.
Malam semalam Mukhriz dilaporkan seakan sudah pasrah mengatakan dia akan
menerima apa sahaja nasib yang akan terlukis ke atasnya.
Mulanya MB Kedah itu nekad untuk mempertahankan dirinya. Dengan mengakui
beliau mendapat sokongan akar umbi dia akan berjuang ke titik akhir.
Sokongan dari beberapa entiti luar juga termasuk bapanya sendiri memberi
semangat untuk Mukhriz mengekalkan kedudukannya sebagai MB. Awalnya dia
nampak yakin dengan dirinya.
Namun perkembangan hari ini, khasnya selepas lebih 73 jam rancangan
untuk menyingkirnya meletus, ia merubahkan keadaan. Semangat yang
membuak-buat untuk mempertahankan Mukhriz seakan sudah layu dan menirus.
Kesungguhan apa disifatkan sebagai pemberontak untuk menyingkirkan
Mukhriz tidak dapat dihalang.
Beberapa jam lalu merupakan saat penting untuk kedua pihak, Mukhriz dan
lawannya, kerana ia merupakan periode perang saraf yang menentukan siapa
pemenang. Dalam politik perang saraf penting untuk menentukan
kemenangan. Dalam perang saraf itu kedua pihak telah melakukan
berbagai-bagai tektik dan strategi termasuk provokasi, psywar, ugutan,
kecaman dan sebagainya.
Sejak awal lagi dilihat apa yang berlaku itu adalah rencana dari Kuala
Lumpur. Kerana ia direncana di Kuala Lumpur sudah tentu mereka yang
terlibat juga nekad, bakah lebih nekad untuk merealisasikan hasrat
mereka. Apabila Kuala Lumpur berlawan dengan Alor Star maka sudah tentu
Kuala Lumpur berada di pihak yang lebih. Dalam hal ini Kuala Lumpur sama
sekali tidak akan mengaku kalah kerana ia membabitkan maruah diri dan
politik jagoan di sana.
Mungkin esok penentu nasib Mukhriz bila mana terdengar desas desus MB
baharu akan mengangkat sumpah? Walaupun ia belum muktamad tetapi sudah
ada petunjuk jelas yang kerjaya Mukhriz sebagai MB akan berakhir. Hari
ini apabila mesyuarat Exconya tidak cukup korum, hanya tiga Exco sahaja
yang hadir bermesyuarat bersama MB menjelaskan bahawa Mukhriz sudah pun
hilang sokongan.
Malam ini saya tidak mahu mengulas mengenai nasib dan politik Mukhriz di
masa depan? Kita akan ulans dan sorot selepas ini. Cuma apa yang hendak
dikatakan, nasib orang politik itu tidak menentu dan sukar diramal.
Sekali jatuh bukan bermakna akan kekal jatuh selama-lamanya. Jika
diambil iktibar kepada apa yang berlaku kepada bapaknya, Dr Mahathir
Mohamad pernah terbuang dan dipecat dari Umno, namun takdir itu tidak
menamatkan kerjayanya. Malahan paling mengejutkan Mahathir akhirnya
menjadi penguasa Umno dan perdana menteri.
Bila mengenang nasib Mukhriz ini menyebabkan kita terkenang nasib Dr
Mahathir Mohamad. Ternyata nasib atau kemalangan yang menimpa anak
bongsunya itu sangat mengecewakan Mahathir. Mukhriz adalah legasinya.
Tidak dapat tidak Mahathir mahu mencatat kejayaan sama dengan Tun Razak
Hussein dimana mengharapkan anaknya juga menjadi Perdana Menteri.
Apa yang terbuku di kepala saya kini bila mengenangkan Mahathir dan
anaknya, apakah bekas PM 22 tahun itu akan bersara dalam politik sebaik
sahaja anaknya digugurkan sebagai MB Kedah? Ini yang sama-sama hendak
kita suluh dan lihat nanti. Apakah Mahathir mengaku kalah kali ini atau
tetap terus menyambung perjuangannya yang belum selesai itu?
Jika dilihat kepada usia dan kian penghujungnya Mahathir dalam politik
mungkin langkah bersara itu sepenuhnya dari politik akan diambil?
Mengenang nasib Mahathir ini juga menjadikan kita teringat kepada doa
Allahyarham Fadzil Mohd Noor yang berdoa supaya Mahathir panjang umur?
Insya-Allah kita akan sama-sama sorot dan membaca peta politik Matahir selepas ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan