Zeti juga enggan memberikan sebarang komen sama ada
BNM menyedari mengenai kemasukkan wang ASD681 (RM2.6 bilion) yang
dimasukkan ke dalam akaun Najib.
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengelak dari menjawab sebarang soalan mengenai surat amaran yang dikeluarkan kepada Lembaga Tabung Haji (TH).
Ketika ditemui, Zeti hanya berdiam diri dan meminta supaya merujuk kepada kenyataan yang beliau keluarkan sebelum ini.
Zeti sebelum itu menghadiri forum bagi membincangkan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tidak wajar untuk saya hadiri program hari ini, dan bercakap mengenai perkara lain. Silalah berlaku adil.
Bukan itu sahaja, Zeti juga enggan memberikan sebarang komen sama ada BNM menyedari mengenai kemasukkan wang ASD681 (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.
“Tiada komen,” ujarnya ringkas sebelum berlalu pergi.
Semalam, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kebocoran surat amaran BNM.
Menurutnya, beliau sendiri telah menerima surat dari BNM namun hairan bagaimana surat yang hanya diterima beliau ditiriskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan