KUALA LUMPUR: Adik kepada seorang pemimpin parti politik Sabah ditahan
Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di di Likas, Sabah pada
Selasa malam.
Lelaki yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah itu ditahan SPRM di kediamannya.
Lelaki yang berpangkat 'Datuk' itu juga memegang jawatan ketua bahagian sebuah parti di sebuah daerah di pantai timur Sabah.
Sumber SPRM memberitahu, pihaknya telah cuba memanggil ADUN tersebut
untuk dirakam percakapan semalam tetapi beliau seolah-olah mahu
mengelak.
"Pagi ini kita cuba untuk hubungi beliau lagi dan minta datang ke Pejabat SPRM. Beliau hanya datang pada pukul 5 petang.
"Sepasukan polis membawa ahli politik ini ke rumahnya di Likas sebelum
ditahan pada pukul 10 malam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di
sini pada Selasa malam.
Tambah sumber, lelaki berpangkat 'Datuk' itu dipercayai terlibat dalam
isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) di Sabah.
Dengan penahanan itu, sudah dua adik bekas menteri persekutuan tersebut berada dalam tahanan SPRM.
Pada 10 Oktober lalu, seorang individu yang berusia 52 tahun ditahan
SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu sama dan kini dalam reman
selama 10 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan