PADA tahun 1976, Almarhum Ustaz Hasan Shukri yang
ketika itu merupakan SU Agong PAS pernah sebut kepada Dr Daeng Sanusi
Daeng Mariok, Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sekarang.
Kata Ustaz Hassan, "Kalau dalam masjid pun ada syaitan, maka jangan ingat dalam PAS ini semuanya malaikat."
Suatu nasihat yang berpijak di bumi nyata. PAS bukan sebuah gerakan
yang sempurna dan tip top daripada segenap segi. Ada ketikanya PAS
bertindak sebagai hospital yang menerima kemasukan pelbagai ragam
pesakit. Ada yang sedia untuk dirawat lalu pulih. Ada yang keras kepala
melawan nasihat doktor dan akhirnya lari daripada hospital. Maka mereka
ini tak berjaya diubati. Tapi ini bukan salah hospital.
Peratusan yang engkar arahan makan ubat lalu bertindak lari dari
hospital ini tak ramai. Adalah beberapa belas orang. Tapi biasalah bagi
media. Beribu pesakit yang pulih tak dilaporkan. Ada seorang dua yang
terjun lari dari hospital, itulah yang menjadi berita sensasi.
Kenapa media tak jadikan berita sensasi apabila mesyuarat bulanan PAS
Pusat meluluskan permohonan lebih dua ribu ahli baru setiap bulan? Yang
istihar keluar parti beberapa belas orang dalam masa empat tahun,
itulah dia kononnya berita panas. Kita cukup faham dengan trend
dekat-dekat dengan pilihan raya. Pastinya akan ada orang PAS yang
isytihar masuk Umno atas pentas ceramah Umno. Siapa mereka? Tanyalah
orang tempatan. Pastinya orang tempatan akan senyum sinis.
PAS adalah gerakan massa. Bukan sebuah gerakan elit yang selektif dan eksklusif. Semua kelompok masyarakat dipersilakan bernaung di bawah teduhan wadah perjuangan Islam yang dibawa PAS. - HARAKAHDAILY
PAS adalah gerakan massa. Bukan sebuah gerakan elit yang selektif dan eksklusif. Semua kelompok masyarakat dipersilakan bernaung di bawah teduhan wadah perjuangan Islam yang dibawa PAS. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan