Oleh
Almi Amilnuddin
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa menerima
banyak ugutan berikutan tindakannya yang aktif membanteras sindiket perjudian,
Ahlong dan pelbagai aktiviti haram yang lain.
Ketua
aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, bagaimanapun, PPIM tidak gentar kerana
sudah lali dengan ugutan dan ancaman sejak daripada awal penubuhannya hingga
kini dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
“Telinga
kita pun ada di mana-mana. Jadi baru-baru ini, sindiket ini telah berjumpa dan
marah sangat pada PPIM, jadi dia nak ‘ajar’ kita, pasal isu Ahlong pun kita
campur tangan dan isu berkaitan sindiket ini, jadi mereka tidak senang.
“Ancaman
ini dari dulu lagi, ada nak hantar peluru lah, macam-macam lagi, segala ancaman
itu sudah biasa. Itu mesej yang dihantar. Kita dah ada 20 tahun, takda kita nak
lari pun dan kita buat ini untuk keselamatan pengguna,” katanya pada sidang
media di sini, hari ini.
Nadzim
turut menyeru semua pihak dari kalangan pihak berkuasa, agensi-agensi, pengamal
media dan rakyat memainkan peranan masing-masing dan bersatu untuk melenyapkan
sindiket perjudian dan pelbagai lagi aktiviti haram lain.
“Kita
yakin jika kita bersama menekan sindiket ini, terutamanya rakan-rakan media dan
semua pihak sama ada agensi, rakyat ambil kesempatan ini bersama-sama pihak
berkuasa, kita lenyapkan premis-premis perjudian yang begitu banyak merobek
masyarakat kita yang ketagih berjudi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan