DETIK DAILY
UMNO sudah tidak laku di pasaran terbuka sehingga
terpaksa jual Umno di sekolah rendah. Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai
Setiausaha Agung Umno, cuba hendak bawa nostalgia lama dengan menyeru
guru-guru menyokong Umno.
"Beliau
fikir guru-guru ini boleh dicucuk hidung dan disuap dedak dan sagon.
Mungkin ada seorang dua di sekolah itu yang menjadi pengampu kelas satu
untuk hidup dan kepentingan sendiri bukan untuk memajukan sekolah," ujar
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, beliau percaya majoriti guru yang berada di sekolah muak
dengan perangai pemimpin Umno seperti Tengku Adnan tetapi apakan daya
tidak mampu untuk bersuara, mampu memberontak di dalam hati sahaja.
Tambahnya, tidak masuk akal guru yang cerdik dan mempunyai maklumat
yang luas boleh menjadikan Umno sebagai wadah perjuangan mereka
ketika rakyat menolak Umno.
Bahkan, ujar beliau masyarakat yang berada di pedalaman pun sudah menolak Umno.
Katanya, Umno hanya ada kuasa sahaja sementara roh perjuangan sudah hilang.
Menurutnya, pemimpin Umno hanya boleh guna kuasa dan wang untuk tarik sokongan tetapi tidak boleh membeli jiwa rakyat.
Beliau berkata, generasi muda pada hari ini yang ibu bapa mereka
penyokong tegar Umno sudah beralih arah bersama dengan PAS kerana mereka
yakin wadah yang tidak berpaksi kepada Islam tidak ke mana.
"60 tahun Umno memerintah, bukan satu jangka hayat yang singkat
tetapi kualiti hidup rakyat semakin tertekan," ujarnya yang juga Ahli
Parlimen Bukit Bintang.
Katanya, pemimpin Umno hanya bergaduh sesama mereka kerana kek ghanimah semakin kecil, bukan kerana rakyat.
"Tubuh parti lain tetapi isi yang sama cuma botol dan label sahaja yang lain.
"Jom sejahtera bersama Islam melalui wadah PAS dan Gagasan Sejahtera," ujarnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan