KOTA KINABALU: Bukit Aman sedang berhubung dengan pihak keselamatan
Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan militan kelahiran
Malaysia, Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran
dengan tentera di Marawi City, tengah malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan laporan terbabit.
"Kita masih berhubung dengan pihak berkuasa Filipina untuk mendapatkan
kepastian," katanya kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi.
Hari ini, tentera Filipina berkata 'kemungkinan besar' Mahmud terbunuh
dalam pertempuran tengah malam tadi yang turut mengorbankan 13
pemberontak.
Timbalan Komander operasi di Marawi, Kolonel Romeo Brawner, dilaporkan
berkata, siasatan lanjut masih diperlukan, termasuk menyoal siasat
tebusan dan ujian saintifik, namun pihak tentera yakin Mahmud antara
yang terbunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan