Kenyataan Tun Mahathir Mohammad semasa himpun Sayangi Malaysia Tolak Kleptokrasi Sabtu lepas, bahawa Pakatan Harapan akan memecat 900,000 kakitangan awam jika tidak sebulu dengan kerajaan persekutuan baru yang bakal dibentuk nanti, bukan bermaksud demokrasi di kalangan penjawat awam sudah mati.
Ini lebih kepada untuk memastikan urusan kerajaan tidak disabotaj kalau kakitangan awam pro BN masih berkhidmat dengan kerajaan persekutuan yang baru nanti.
Tiada siapa mahu melihat itu berlaku maka itu pemecatan secara besar-besaran ini adalah wajar.
Adakah ini salah?
Sudah tentu tidak dan rakyat sudah pasti bersetuju dengan perkara ini. Ia akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan untuk PRU14 yang akan datang bagi membuktikan apa yang kita kata.
Hak kerajaan untuk melantik kakitangan awamnya, ini adalah biasa dalam mana-mana organisasi.
Untuk itu, semua kakitangan awam sekarang perlu menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan dan membuat pengisytiharan terbuka bagi mengelakkan mereka dari dipecat kalau Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan nanti.
Ini perlu dilakukan segera kerana pilihanraya umum akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan