HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Oktober 2017

Tian Chua dibebaskan akhir bulan ini

 
Peguamnya N Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula minggu depan.


Tian-Chua-dibebaskan-akhir-bulan-ini

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Tian Chua akan dibebaskan 27 Oktober ini selepas menjalani hukuman penjara sebulan di Penjara Kajang.

Peguamnya N Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula minggu depan.

“Beliau akan dibebaskan pada 27 Oktober dan sudah tentu akan menghadiri persidangan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang, 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Media sebelum ini melaporkan Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR menarik balik rayuan
terakhirnya berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.

Tiada ulasan: