MARAN: Seramai 402 orang daripada 103 keluarga dipindahkan di enam
pusat pemindahan di Maran berikutan banjir kilat yang melanda beberapa
kawasan di daerah itu awal pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal
Yusof berkata mangsa paling ramai dipindahkan di Kampung Baru Sungai
Chedung iaitu seramai 219 orang, Surau Taman Sri Chedung (40) dan Balai
Raya Kampung Berkat (23).
"Selain itu seramai tujuh mangsa turut ditempatkan di Surau Kampung
Bintang, Surau Taman Maran Jaya (27), dan Masjid As Syakirin (86),"
katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan