SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun menjadi mangsa
cabul bapa saudaranya dalam satu kejadian malam tadi di sebuah rumah di
Jalan Tiong Hua, Sibu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit memberitahu
suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan kira-kira jam 11 malam tadi
selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Kejadian berlaku pada jam 8 malam itu disedari ibu mangsa selepas
terdengar tangisan anak perempuannya dari dalam bilik bapa saudara
mangsa.
"Ibu mangsa terus mencari mangsa dan mendapati anaknya berada dalam bilik abangnya (bapa saudara mangsa).
"Wanita itu terus mengetuk dan meminta suspek membuka pintu. Tidak lama
kemudian, suspek membuka pintu dan mangsa terus lari keluar dari bilik
sebelum suspek juga terus keluar dari rumah.
"Mangsa yang masih menangis memberitahu bahawa kemaluannya sakit.
Pemeriksaan ibunya mendapati ada kesan darah pada kemaluan anaknya
sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Central Sibu malam
tadi," katanya laporan Berita Harian.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan suspek.
"Suspek yang bekerja sebagai buruh mengaku melakukan perbuatan terkutuk
itu. Menurut suspek, suspek ternampak kanak-kanak itu mengintai semasa
dia sedang mandi.
"Suspek kemudian keluar dari bilik air dan membawa kanak-kanak malang
itu ke sebuah bilik sebelum membuka seluar mangsa dan cuba merogolnya,
namun gagal selepas mangsa menjerit kesakitan dan menangis," katanya.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun
dan sebatan.
Suspek dijangka direman pagi ini di Mahkamah Sibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan