Semalam,
Tun Mahathir Mohamad melibas tindakan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO
yang membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan mahu menjatuhkan
Najib Razak dengan menyifatkan mereka sebagai "bodoh".
Menurut
Tun Mahathir, sebagai pemimpin pembangkang yang sedang mengetuai
Pakatan Harapan, beliau sudah tentu mahu mengalahkan pentadbiran Najib.
Mereka
ini "bodoh". Dia tak faham politik. Sudah tentu saya cuba gulingkan
kerajaan, sebab kerajaan yang ada ini kleptokratik, katanya lagi.
Dalam
tulisan di blog ini sebelum ini, saya sendiri turut menggelar mereka
sebagai "mangkuh hayun" yang mana tindakan membuat laporan polis itu
tidak lebih membuktikan ketakutan terhadap pengaruh Tun Mahathir.
Ini kerana tindakan jatuh-menjatuh, bukan saja lumrah dalam politik, bahkan itulah tujuan utama berpolitik.
Memandangkan
mereka ini golongan muda yang baru nak belajar mengampu, untung-untung
dapat dipilih jadi calon pilihanraya, diberikan kontrak perniagaan atau
dicampakkan secupak dua dedak oleh Najib, barangkali tindakan "bodoh"
mereka itu tidaklah terlalu memeranjatkan.
"Kebodohan"
mereka boleh dikata sesuai dengan kefahaman yang belum begitu mendalam
tentang politik. Sepatutnya, kalau pun mahu membodek atau mengampu
Najib, buatlah dengan cara lain yang boleh menutup "kebodohan" itu.
Tetapi,
hari UMNO Pulau Pinang yang dianggotai oleh golongan tua-tua belaka pun
membuat laporan polis juga terhadap Tun Mahathir.
Setiausaha
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir yang sudah pun
putih rambutnya berkata, laporan polis itu dibuat memandangkan banyak
kenyataan Tun Mahathir dianggap cuba mempengaruhi rakyat untuk untuk
menggulingkan Najib.
Katanya
lagi, Tun Mahathir sepatutnya memberi peluang kepada Najib mentadbir
negara mengikut caranya sendiri kerana zaman pemerintahannya sudah
berakhir dan harus berlapang dada menerima corak pentadbiran Perdana
Menteri sekarang.
Dengan
membuat laporan polis itu, nampaknya golongan tua-tua yang menjadi
penyokong Najib pun tak faham tentang hakikat politik yang sebenarnya.
Atau mereka juga mulai takut Najib akan kecundang dan hilang kuasa?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan