HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Januari 2018

Mahkamah tolak permohonan Azmin, Muhammad Zahid tuntut laporan 1MDB didedahkan kepada umum

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan satu lagi untuk menuntut kandungan Laporan Audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 didedahkan kepada umum, ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
 
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas mendapati Menteri Besar Selangor itu dan bekas Mursyidul Am pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md Arip gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mengemukakan permohonan tersebut.
 
Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.
 
Mohamed Azmin selaku pihak pemohon pada 15 Ogos 2016 menuntut suatu perisytiharan bahawa tindakan Perdana Menteri untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.
 
Mohamed Azmin selain itu menuntut suatu perisytiharan, klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Tan Sri Ambrin Buang) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 atau Akta Audit 1957.
 
 

Tiada ulasan: