Pekan merekodkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan dengan 923 orang masih ditempatkan di 8 PPS.
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah sedikit kepada 1,301 orang pagi ini berbanding 1,256 orang yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan merekodkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan dengan 923 orang masih ditempatkan di 8 PPS.
“Di Sekolah Sinar Mutiara Sungai Miang terdapat 416 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang (229), SK Temai (109), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (48), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (34), SK Acheh (20) dan 2 orang di Balai Raya Kampung Tebat,” menurut portal itu.
Di Maran, seramai 177 mangsa ditempatkan di 5 PPS, iaitu SM Tengku Ampuan Afzan (28), Mini Estate Machang Gelap (68), Balai Raya Kampung Baru Pertanian (41), SK Pesagi (29) dan SK Serengkam (11).
Di Bera pula, 5 PPS yang menempatkan 139 orang ialah SK Kuala Triang (69), SK Charuk Puting (24), Masjid Kampung Mengkarak (19), Masjid Kuala Bera (13) dan Balai Raya Kampung Seberang Guai (14).
Di Kuantan hanya 1 PPS yang masih dibuka, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Seri Damai, Kuantan yang menempatkan 62 orang.
Banjir di Temerloh pulih sepenuhnya dan 5 sekeluarga yang ditempatkan di Surau Kampung Lompat dibenarkan pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan