Dalam pertemuan itu, Iqram ditemani rakan pelakon, Johan As’ari.
“Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya.
“Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh merungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi.
“Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya,” kata Zulkifli dalam media sosialnya.
Sebelum itu, selepas kecoh Iqram menampilkan diri dengan keadaan pelik ia menimbulkan kontroversi sehingga ‘menarik minat’ pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk bertemu dengannya.
Pada mulanya, pelakon yang baru kematian bapa itu mahu mufti datang ke rumahnya namun akhir semalam hadir sendiri bertemu Zulkifli.
Sementara itu, dalam pertemuan yang sama, Zulkifli menghadiahkan beberapa buah buku kepada Iqram dan Johan selain kopiah, jubah dan dua ekor arnab.
Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah, kata Zulkifli.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan