DETIK DAILY
Pihak
berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap
dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea
Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja
memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna
membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap.
Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat
berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh
pengguna.
Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah
menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model
lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu.
Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda.
Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan
beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan
masalah bateri.
Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu.
Samsung pula memaklumkan PhoneArena, sebuah saluran media AS bagi
berita IT, bulan lepas bahawa ia tidak memperlahankan telefon dengan
bateri lama.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan