HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Januari 2018

‘Semangat Anwar iringi Konvensyen Harapan’

KEADILAN DAILY

88298bf4-f681-4140-8fd9-e7659ca4f21b

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara kerana Fitnah II, semangat dan azamnya tetap mengiringi perjalanan Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung esok.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian sewaktu berucap di depan kira-kira 1,000 perwakilan Konvensyen Wanita Harapan hari ini.

“Hari ini ialah hari yang ke-1,601 Anwar menjadi tahanan politik.

“Meski pun jasadnya dipenjara namun rohnya kekal bersama kita,” kata Wan Azizah yang juga merupakan ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Menurut Wan Azizah lagi, ketua umum KEADILAN itu dijangka dibebaskan dari penjara pada 11 Jun tahun ini.

“Insya-Allah – kalau diizinkan Tuhan – mengikut lunas undang-undang, pada 11 Jun ini beliau (Anwar) akan dibebaskan,” katanya.

Konvensyen Wanita dan Pemuda Harapan berlangsung hari ini sebelum acara utama Konvensyen Pakatan Harapan, esok.

Tiada ulasan: