KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) khususnya di
Selangor merupakan parti politik yang sangat tidak bertanggungjawab
apabila sewenang-wenangnya cuba mengambil kredit hasil usaha dan
inisiatif Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, lebih
malang apabila pembangkang mendakwa pemansuhan kutipan tol Sungai Rasau
dan Batu Tiga di Shah Alam pada 1 Januari lalu merupakan hasil
perjuangan mereka.
“Demikianlah pembangkang di Malaysia, pembangkang yang sangat tidak
bertanggungjawab, akhirnya cuba mengambil kredit dan akhirnya mereka
cuba menyatakan itu hasil perjuangan mereka.
“Saya fikir ini bukan kali pertama pembangkang di Malaysia
berperangai sedemikian rupa, banyak insiden ambil kredit ini dilakukan
oleh pihak pembangkang.
“Kerajaan BN dan UMNO Selangor berjuang sudah cukup lama sejak 2008
dan ketika 2011, saya bercakap di Perhimpunan Agung UMNO menyatakan
keperluan supaya tol ini dimansuhkan,” katanya dalam wawancara eksklusif
MalaysiaGazette, di Yayasan Budi, di sini, semalam.
Pemansuhan itu diumumkan semasa perdana menteri membentangkan Bajet 2018 di Parlimen, di sini.
Budiman berkata, tindakan mengambil kredit bagi pemansuhan kutipan
tol itu mula berlaku sehari selepas perkara itu diumumkan oleh perdana
menteri.
“Kes klasik dalam isu tol Sungai Rasau sehari selepas pengumuman
dibuat di sidang Bajet 2018, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail menyatakan
ini adalah hasil daripada perjuangan mereka.
“Jadi sebenarnya pembangkang di Malaysia ini ada dua perkara,
pertama mereka menanamkan politik kebencian untuk terus meletakkan
kebencian rakyat kepada kerajaan.
“Kedua ialah ambil kredit terhadap apa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan,” jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, tindakan
mengambil kredit itu juga berlaku di kawasan beliau apabila Kerajaan BN
memberi bantuan kepada pesawah padi.
“Banyak bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pesawah
padi. Akhirnya bila majlis penyampaian kita buat, apabila kita lakukan,
pemimpin-pemimpin mereka mendabik dada bahawa ini adalah hasil
perjuangan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan