KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR menegaskan tiada rundingan agihan kerusi berlaku antara parti itu besama PAS di Selangor.
“Tiada rundingan kerusi dengan PAS,” kata Zuraida dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus bahawa wujud usaha
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berbincang dengan PAS
sehingga menjejaskan agihan kerusi dalam kalangan parti itu di Selangor.
Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang berkata, sehingga kini PH
Selangor sudah mengadakan enam mesyuarat rasmi berhubung agihan kerusi.
Menurutnya, dua mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat majlis kepimpinan
PH Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin, sementara empat mesyuarat
yang lain dipengerusikan pengarah pilihan raya PH Selangor Dr Xavier
Jeyakumar.
Ditanya jika Azmin akan mengadakan mesyuarat membincangkan rundingan
kerusi bagi menyelesaikan masalah itu hujung bulan ini, Zuraida berkata:
“InsyaAllah”.
Diminta mengulas dakwaan bahawa PKR berhasrat bertanding di kerusi PAS
dan Umno yang turut dihajati Amanah dan PPBM, Zuraida berkata perkara
itu akan berdasarkan “keupayaan untuk menang”.
PAS dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan PKR di Selangor.
Meskipun PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR tahun lalu, PAS masih menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor.
Azmin berkata ia bertujuan bagi meneruskan mandat yang diberikan rakyat pada 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan