HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 September 2018

Kiss tiru BR1M: Ini jawapan Exco


Kiss tiru BR1M: Ini jawapan Exco
Mariah ketika bercakap dalam program Sinar Live, semalam.

SHAH ALAM -  "Tak salah tiru perkara baik", demikian ujar Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan konsep Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) meniru program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurutnya, konsep BR1M dan Kiss kedua-duanya adalah program yang diwujudkan bagi membantu mereka yang memerlukan tapi dari segi pelaksanaannya mempunyai perbezaan.

"Kiss adalah bantuan dalam bentuk barangan dan sebenarnya menyasarkan kepada anak-anak. BR1M pula bantuan berbentuk tunai dan diberikan  kepada golongan dewasa mengikut syarat ditetapkan.

"Jadi jelas Kiss tidak sama dengan BR1M.. malah 19 barangan disenaraikan bawah Kiss adalah untuk bantu anak-anak golongan miskin dan bukan sebagai rasuah kerana kita niat untuk membantu mereka selain syarat ditetapkan juga sangat ketat iaitu pemohon perlu ada anak-anak berusia bawah 18 tahun," katanya turut menafikan dakwaan program itu dihentikan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mariah berkata, program Kiss dan Peduli Sihat masih diteruskan sehingga kini dan ia hanya dihentikan sewaktu PRU14 lalu.

"Kita hentikan sementara kerana tak mahu timbul tuduhan rasuah,  jadi kalau ada yang mohon sewaktu PRU lalu memang kita tak luluskan atau terima.

"Tapi selepas PRU14, program ini dimulakan semula dan kini permohonan sudah mencapai 35,000 permohonan.... Apabila dah cukup 40,000 penerima yang layak,  permohonan akan dihentikan untuk tahun ini, " katanya dalam program Sinar Live, semalam.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah merangka program bagi membantu peserta Kiss pada masa depan.

"Dalam tempoh 10 tahun kerajaan negeri banyak memberi bantuan menerusi program kebajikan dan kita hendak 'move on' dari memberi kepada memperbanyakkan program yang boleh mengupayakan para peserta kita.

"Untuk peserta Kiss kita akan bantu dengan tawarkan mereka kerja dari rumah supaya boleh jana pendapatan lumayan dan mereka boleh dapat lima kali ganda dari apa yang kita beri sekarang," katanya

Tiada ulasan: