Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan calon BN, R Vidyananthan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, Johor.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon BERSATU, Norlihan Ariffin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berkata Vidyananthan dari MIC telah dipilih secara sah dalam pilihan raya itu.
Katanya, bantahan Noorlihan bahawa terdapat satu saluran pilihan raya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya tidak dapat diterima.
Mahkamah juga mengarahkan Noorlihan membayar kos RM10,000 setiap satu kepada Vidyananthan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya.
Apabila ditemui, Vidyananthan mengucapkan terima kasih kepada peguamnya dan mengatakan bahawa bantahan Noorlihan tidak akan mengubah keputusan pilihan raya kerana dia menang dengan majoriti hampir 3,000 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan