HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 September 2018

Polis Sabah: Musa Aman dijangka tiba Kota Kinabalu hari ini

 
   
Sumber polis Sabah mengesahkan bahawa bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa dijangka tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

"Ya, ya, memang benar. Beliau (Musa) dijangka pulang (ke Sabah) hari ini.

"Maklumat yang kami terima, dia berlepas kira-kira jam 10 pagi dan dijangka tiba pada jam 12:30pm atau 12:40pm," kata sumber itu, seorang pegawai polis berpangkat tinggi, kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Musa telah menaiki penerbangan khas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi dan dijangka tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Akhbar New Straits Times, pula melaporkan anggota Umno Sabah telah dimaklumkan mengenai ketibaan Musa dan akan menyambutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Saya diberitahu bahawa Musa akan pulang [...]

"Saya senang hati akan ke lapangan terbang untuk mengalu-alukannya kepulangannya bersama teman-teman dan penyokong ain," kata ahli Umno Putatan, Shahelmy Yahya.

Kepulangan beliau itu dijangka bertujuan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga selepas gagal melakukannya sebelum ini.

Musa yang menang kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk mengangkat sumpah jika tidak kemenangannya terbatal.

Tiada ulasan: