HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 September 2018

Peguam tuntut inkuiri susulan keputusan bebaskan Lim

MALAYSIAKINI

   
Seorang peguam menolak penjelasan Pejabat Peguam Negara (AGC) berkaitan keputusan menggugurkan kes dakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lin Guan Eng.

J Gunamalar, dari firman Messrs Gunamalar Law Chamber turut mendesak supaya inkuiri dijalankan susulan tindakan AGC.

Peguam Negara Tommy Thomas pula diminta mengemukakan notis rayuan.

“Kami tolak penjelasan AGC dalam kenyataan medianya.

“Kami tuntut inkuiri dijalankan segera untuk menyiasat keadaan yang membawa ke arah penerimaan surat representasi oleh AGC,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Buat masa ini, kami gesa AC memfailkan notis rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi membolehkan Mahkamah Rayuan peluang untuk menyemak semula sama ada keputusan yang mulia hakim untuk mengarahkan pembebasan, bukan dibebas tanpa dilepaskan (DNAA), adalah wajar berdasarkan keadaan kes.”

Anggota parlimen Umno Reezal Merican Naina Merican turut menggesa AGC merayu terhadap pembebasan itu.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria semalam menegaskan keputusan nolle prosequi (tidak meneruskan pendakwaan) dibuat tanpa penglibatan oleh Peguam Negara, yang telah menarik diri daripada perbincangan kes.

Hanafiah yang baru terlibat dalam kes itu berkata, pemeriksaan balas terhadap saksi mendapati keterangan yang menyokong pertuduhan pertama bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pertuduhan kedua bawah Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif.

Berdasarkan keadaan itu, katanya, kes tersebut tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan jika diteruskan.

Katanya, pihaknya juga memohon kes itu dibebaskan sahaja, bagaimanakah mahkamah membuat keputusan turut melepaskan tertuduh setelah mendengar permohonan pihak pembelaan.

Tiada ulasan: