Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kerap membuat pusingan U (U-turn) berkaitan polisi dan damar dipercayai menjadi punca pelabur asing takut untuk melabur ke negara ini, jelas Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Beliau berkata malah wujud pelabur yang menarik kembali pelaburan mereka walaupun sudah sekian lama bertapak di negara ini.
“Terlalu banyak U-turn membuatkan pelabur asing tidak yakin untuk melabur di negara kita dan mereka takut dengan ketidaktentuan dasar dan polisi kita. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi kita yang sangat membimbangkan dengan pelaburan saham yang jatuh, pelabur lari dan sebagainya.
“Saya sarankan Guan Eng untuk meletakkan jawatan jika beliau tidak tahu menguruskan ekonomi negara kerana sekarang keadaan semakin buruk. Ini akan menjejaskan hidup rakyat apabila ekonomi teruk, kos sara hidup meningkat dan mereka semakin tertekan,” katanya melalui sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dominic turut mengingatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan menteri PH untuk berfikir dengan teliti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana setiap yang diperkatan memberi impak kepada pelabur asing yang menilai pentadbiran PH pada ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan