HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 April 2019

Dalam hutan pun boleh melacur...

Izlaily Nurul Ain Hussein
 
 


HANYA beralaskan tikar dan diterangi lampu telefon bimbit. Itulah aktiviti berunsurkan pelacuran di bawah pokok dikesan Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di Gelang Petah, semalam.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar kira-kira 9 malam tadi apabila polis melakukan serbuan dan tangkapan di kawasan hutan itu yang disyaki menjadi lubuk aktiviti berunsurkan pelacuran dipercayai aktif sejak kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun yang tidak mempunyai pasport kerana disyaki bertindak sebagai penjaga sarang maksiat itu.

Katanya, dua wanita warga Indonesia yang masing-masing berusia 40 dan 34 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.

“Ketika tangkapan dibuat, kita turut merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki minyak pelincir dan wang tunai RM100,” katanya.

Hasil siasatan awal, beliau berkata, sasaran pelanggan kumpulan itu adalah pekerja warga asing di kawasan berkenaan dengan mengenakan harga servis serendah RM50.

Katanya, waktu beroperasi kumpulan itu adalah antara 8 malam hingga 1 pagi.

“Kita menahan mereka bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B kanun sama dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tiada ulasan: