Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 terhadap peguam, Arun Kasi yang didapati bersalah menghina mahkamah apabila beliau mengkritik badan kehakiman berhubung afidavit Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer.
Hakim Ramly Ali yang mengetuai panel lima anggota dalam penghakimannya berkata, kenyataan yang dibuat oleh peguam itu dalam dua buah artikel di sebuah portal berita adalah salah kerana ia telah menghakis keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman.
Dalam kedua-dua artikel berkenaan, Arunachalam didakwa mengkritik perjalanan prosiding Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah pada 11 November 2018, dalam kes PCP Construction lwn Leap Modulation.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan