HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Disember 2021

Banjir: Perhimpunan Agung Umno 13-15 Januari ditangguh

MALAYSIA POST

Banjir: Perhimpunan Agung Umno 13-15 Januari ditangguh

PERHIMPUNAN Agung Umno 2021 yang sepatutnya diadakan pada 12 hingga 15 Januari ini ditangguhkan susulan kejadian banjir besar yang melanda negara, baru- baru ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata perkara itu dipersetujui Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Jawatankuasa Pengurusan Umno serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

“Penangguhan ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan Umno akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung Umno biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

“Tarikh PAU2021 sepatutnya ialah pada 12-15 Januari 2022, akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“Umno bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri terus membantu mereka,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: