HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Mei 2021

Henti berpolitik dan berebut kuasa, tumpu perangi Covid-19 – Dr Abd Latiff

Mohd Zaini Samsu Hadi
MGF090720_PERHIMPUNAN-BULANAN-KPLB-6
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. foto SYAFIQ AMBAK,

KUALA LUMPUR – Semua pihak terutamanya ahli-ahli politik sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang disaran supaya berhenti berpolitik dan berebut kuasa.

Saranan itu diutarakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor apabila menyatakan nyawa rakyat dan masa depan negara adalah lebih penting dan menjadi keutamaan.

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, jentera parti akan menjadi pemudah cara dalam pelbagai bantuan kepada rakyat menerusi inisiatif-inisiatif daripada kerajaan disamping menjadi medium untuk mengumpul dan menyampaikan bantuan dari pelbagai pihak kepada mereka yang berkeperluan dalam memerangi Covid-19 dan misi itu akan berjalan secara terus-menerus.

“Hasil perbincangan segera Parti Pribumi Bersatu Johor, satu ketetapan telah dicapai untuk mengarahkan seluruh jentera menumpukan sepenuhnya kekuatan dan sumber dalam memerangi pendemik Covid-19.

“Tinggalkan perbalahan politik untuk sementara kerana perang berdepan Covid-19 ini sangat kritikal dan ia bukan sahaja melibatkan nyawa tetapi masa depan negara ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Abd Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) memberitahu, semua Bilik Gerakan dan Pejabat Bersatu sama ada di peringkat Negeri, Bahagian mahupun Cawangan telah diarahkan dijadikan pusat bagi membantu pendaftaran vaksin.

Ini kerana, pendaftaran vaksinasi di Johor melalui aplikasi MySejahtera didapati masih lagi rendah, iaitu sekitar 1.24 juta orang sahaja berbanding 2.9 juta orang yang layak menerima vaksin.

Setakat ini hanya 4.38 peratus rakyat Johor yang telah menerima vaksinasi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: