PETALING JAYA : Kerajaan digesa mempercepat suntikan vaksin kepada pengamal media memandangkan ramai dalam kalangan mereka dijangkiti virus Covid-19.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana mereka adalah petugas barisan hadapan dan bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada rakyat.
“Justeru, saya gesa kerajaan mempercepat langkah ini dan dedahkan mekanisme terbaik dalam memungkinkannya,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata lebih 5,000 pengamal media terdiri daripada 144 agensi media berdaftar di negara ini akan diberi janji temu vaksin dalam masa terdekat.
Setakat ini Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sudah menerima sejumlah 5,867 nama petugas media dan memutuskan supaya mereka diberi slot janji temu secepat mungkin selepas butiran lanjut diterima.
Sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan supaya pengamal media diberi keutamaan suntikan vaksin apabila kumpulan itu adalah juga petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak itu. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan