HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Mei 2021

Parlimen contoh terbaik ‘full lockdown’ berkesan kawal Covid-19, sindir Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak, berkata pendapatan Ahli Parlimen 
langsung tak kurang satu sen sepanjang tempoh ‘lockdown’ dilaksanakan.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak, secara sinis berkata Parlimen adalah contoh terbaik bahawa sekatan penuh amat berkesan dalam menangani pandemik Covid-19.

“Tiada kes baharu, tiada kluster baharu.

“Malah, pendapatan Ahli Parlimen dan pekerja Parlimen langsung tak kurang satu sen sepanjang tempoh ‘lockdown’,” katanya di Facebook susulan keputusan kerajaan tidak melaksanakan PKP penuh sebaliknya memperketatkan SOP.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan memperketatkan SOP PKP 3.0 termasuk melibatkan sektor ekonomi dan sosial.

Sementara itu, 80% penjawat awam dan 40% pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata dianggarkan tujuh juta pekerja dari sektor swasta dan kerajaan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja.

Tiada ulasan: