HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Januari 2011

Mengapa Dato Seri Rais Yatim Yang Dituduh Rogol Amah Indonesia Masih Terus Diam Membisu?

SEDAKA SEJAHTERA

Rogol Amah : Nah!! Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini..

Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan..(dah aku besarkan kat bawah)

Biarpun kredibiliti WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.. namun begitu secara amnya kita tidak boleh mempraktikan undang-undang yang berbeza untuk golongan yang berbeza iaitu satu untuk pemimpin dan satu lagi untuk rakyat.

Siapa saja yang dituduh mesti dibawa kemuka pengadilan bagi menghadapi perbicaraan mengikut lunas undang-undang, apatah lagi kali ini yang didakwa melakukan jenayah itu adalah adalah seorang pemimpin yang telah mendapat mandat dari rakyat..


Photobucket

Photobucket
Photobucket

Nampak tak?? terpapar nama DATUK SERI UTAMA .... ..... disitu..
Kalau tak nampak jugak.. kilik kat (SINI)

Berita mengenai seorang menteri senior yang merogol amahnya semakin hangat diperkatakan. Kini nama menteri yang dimaksudkan juga sudah didedahkan. Maka tugas kerajaan sudah semakin mudah. Arahkan ataupun paksa ini menteri bernafsu kuda untuk meletak jawatan.


Artikel lalu yang mendedahkan dokumen penyiasatan kes ini ada disiarkan di blog ini, rujuk sini Dokumen siasatan kes rogol menteri, dari salah satu dokumen yang dihitamkan nama pelaku rogol itu terdapat kebocoran yang menunjukkan siapakah menteri yang dimaksudkan.


Teka teki sudah terjawab, namun menteri ini masih mampu tersenyum dan goyang kaki di rumah kerana mendapat perlindungan dari PM dahulu dan sekarang. Kalau kena tangkap mau kena 20 tahun penjara jika sabit kesalahan. Nasib baik dia menteri Barisan Nasional, maka selamatlah dia.

Masalahnya Umno Tidak Mesra Masjid?

MSO

KITA tidak faham sama ada orang faham atau tidak fungsi masjid sebenarnya. Atau pun kalau faham dalam pengertian yang sempit dan tertutup. Inilah sikap orang Islam (Melayu). Mereka menyanyangi masjid tetapi tidak memakmurkan masjid. Buat masjid besar habis juta-juta hanya digunakan pada hari tertentu saja. Istimewanya hari Jumaat atau semasa solat raya Aidilfitri dan Aidiadha saja. Lepas itu masjid sepi.

Sebuah masjid indah terletak di Bentung Pahang, sewaktu saya singgah untuk solat Subuh hanya ada tiga makmum sahaja. Empat termasuk saya. Pernah saya posting gambar itu dalam blog ini. Tok Imam pula lepas solat memberi tazkirah, pendengar hanya dua orang saja. Syabas diucapkan kepada imam berkenaan kerna menjalankan tugas. Setidak-tidaknya tazkirah itu untuk dirinya sendiri.

Jadi apakah gunanya masjid itu untuk pengembangan ilmu dan prasarana lain bagi manusia? Ia hanya untuk bermegah-megah saja atau untuk menunjukkan tingginya syiar Islam. Wei.... hidup dengan syiar ini tidak akan ke mana, ia perlu diertikan dengan memanfaat sepenuhnya.

Kalau begitulah, apa gunanya masjid? Saya pernah bercakap dengan Prof Syed Hussein Alattas, bekas tokoh Sosialis. Dia persoal pembinaan masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam membazir. Baik wang itu digunakan untuk kegunaan rakyat dalam aspek lain, katanya. Mungkin kata-kata itu skeptikal, tetapi ada benarnya kalau dilihat kepada nasib masjid dan surau di sesetengah negeri ini. Ianya makmur hanya pada waktu tertentu saja.

Masjid sebenarnya tidak digunakan seoptimumnya. Ia tidak seperti stesen bas, atau pun lapangan terbang. Di mana orang menggunakan 24 jam. Apakah ada larangan untuk berbuat begitu kepada masjid? Tidak ada, malahan ianya dianjurkan supaya dimakmurkan untuk kepentingan ummah dan ad-den.

Dalam usaha ini maka masjid dibukakan sepenuhnya. Pintunya jangan dikunci untuk orang ramai. Pada saya menjaga masjid dengan menguncinya, melarang kegiatan apa saja yang dibenarkan syarak adalah satu penghinaan kepada masjid. Inilah tindakan membunuh fungsi masjid.

Pandangan sesetengah orang tidak boleh dijalankan kegiatan politik, atau membenarkan bukan Islam menghampiri masjid adalah satu penjagaan tidak relevan terhadap masjid. Penjagaan begitu menjauhkan orang kepada masjid. Secara tidak langsung sikap ini adalah orang yang ingin mematikan masjid bukan hendak memakmurkan masjid. Pemikiran dan tindakan sebegini harus ditinjau dan bukan diterima bulat-bulat. Belah dadanya dan tengok warna hatinya. Istana syaitan adalah hati kata para hakikat.

Pada saya tidak kira kalau pun kegiatan itu bermotif politik atau tidak. Yang penting kegiatan itu memenuhi syarak. Syarak ini termasuk berpakaian, suasana dan juga percakapan yang digunakan. Saya tidak fikir jemaah masjid atau surau tidak memahami ini. Bukankah setiap apa yang hendak dijalankan dimasjid perlu meminta kebenaraan jemaah masjid?

Berkempen untuk politik pada saya tidak mengapa, asalkan baik. Tidak kisah siapa, Umno, Pas atau pun lain-lain. Kebaikan boleh disuarakan kepada seisapa saja atas masjid, tidak kira dia siapa. India, Cina, Kadzan atau Asli boleh menggunakan selagi ianya menjurus kepada kebaikan. Baik dalam konteks ini bukan saja dalam soal-soal hukum tetapi mengajak orang menjaga keselamatan diri, menyeru orang buang rokok dan sebagainya adalah perbuatan baik.

Kita jangan rigid dan jumud bila sebut masjid hanya kena bercakap soal Quran dan hadith saja. Fahamilah bahawa apa yang kita buat dengan niat yang baik adalah ibadat. Jangan seksakan masjid hanya dengan solat sahaja.

Soalnya kenapa kita merasa begitu gerun dan takut kepada masjid. Merasa sayang tetapi tidak memberi erti kepada kita. Dalam hal ini Umno nampak begitu takut dengan penggunaan masjid. Ketakutan Umno ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah didikan penjajah agar tidak bercakap politik. Kerana penjajah tahu dalam masjidlah tempat berkumpul orang Melayu dan Islam. Mereka takut kegiatan politik untuk menyerang mereka dilakukan dalam masjid. Ini tujuan dan sebabnya. Malangnya kita terikut sampai ke hari ini mengikut larangan penjajah itu yang akhirnya menyebabkan kita rugi.

Kenapa Umno takut untuk menggunakan masjid? Oh, kononya tak nak cemarkan masjid daripada politik. Apakah bercakap di dalam dewan sekolah, atau PWTC dan hotel besar berbohong mengata orang, memperdayakan rakyat dengan berbagai slogan, itu tidak berdosa kerana ia diucapkan di luar masjid? Melaikat melihat dan mencatat perbuatan jahat kita bukan saja di dalam masjid tetapi diluar juga. Mungkin kerana Umno berfikir di dalam masjid banyak malaikat maka mereka takut. Kenapa harus takut kalau kita berkata benar?

Apakah memaki hamun, memfitnah dan mengaibkan orang di dalam surat khabar atau tv itu dibenarkan dan tidak dikira dosa kerana ianya berlaku di luar masjid? Tanggapan itu salah sebenarnya. Berbohong tidak boleh di mana-mana saja hatta di dalam jamban tahi. Tetapi bila Umno konon hendak menjaga masjid takut mencemar rumah Allah itu dengan pembohongan lantas melarang orang lain ia tidak betul.

Saya rasa orang yang bercakap dalam masjid akan lebih berhati-hati daripada bercakapa di luar masjid. Ini secara tidak langsung masjid sudah menjaga akhlak manusia. Mengawal secara spritual akan diri manusia daripada bercakap yang bukan-bukan. Inilah faedah dan fadhilatnya menggunakan masjid.

Soalnya kini kenapa Umno begitu dengki dengan pengumarakan masjid ialah kerana mereka menjauhi masjid. Umno tidak mesra masjid. Umno tidak mesra surau. Umno lebih mesra dengan hotel lima bintang atau pun tempat eksklusif. Hakikat ini boleh lihat apa yang berlaku di Selangor sekarang. Semua masjid baik di kampung dan dipinggir bandar penuh sesak dengan jemaah. Ini berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Paslah yang menggerakan (umara) masjid. Terasa sekali akan kehebatan dan kemakmuran masjid di zaman Pakatan ini. Syabas kepada Pengerusi Agama, Dr Hassan Mohamad Ali.

Pergilah ke mana-mana masjid bila ada ceramah, penceramahnya orang Pas. Kadang-kadang imam orang Pas. Kadang-kadang semua jawatankuasa orang Pas. Dulu semasa Umno memerintah Selangor dengan Khir Toyo (yang baru ini dicharge rasuah), masjid kosong. Kerana apa kerana Umno takut dan gerun nanti berdosa untuk menggunakan masjid selain daripada tempat bersolat Jumaat sahaja.

Itu yang saya kata tadi kita membaca sejarah penggunaan masjid, tetapi kita tidak memahami fungsinya. Fahaman kolot dan jumud seharusnya dibuang oleh Umno. Umno juga kena menggunakan masjid, buat aktiviti kalau tidak boleh nak buat tazkirah seperti Pas, anjur aktiviti lain. Futsal juga boleh dimainkan di masjid, takraw juga dimainkan di masjid. Rasanya ianya tidak rugi dan setidak-tidaknya kalau ada pemain dan penonton yang ada sikit iman boleh mengerjakan solat waktu kerana mereka sudah berada hampir dengan masjid.

Saya rasa kalau Umno mengambil kaedah ini tidak timbul rasa takut dan nak melarang orang ramai menggunakan masjid. Tidak berlaku kritikan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras. Umno boleh panggil Shahrizat ataupun Ng Yen Yen buat senamrobik dan bukannya marah tidak tentu fasal kepada Nie Ching. Rasnaya Rosmah juga tidak masalah kalau hendak bersenamrobik di masjid. Apa salah kalau lepas solat Subuh bersenamrobik sesudah ramai-ramai buat solat duha, tak salah. Tenguk pula gelanggang siapa yang lebih ramai?

Senamrobik adalah untuk kesihatan. Dan penggunaan laman masjid untuk itu, sepatutnya disambut baik kerana ia memanfaatkan laman rumah Allah. Rumah Allah adalah untuk semua. Selagi kita yakin bahawa semua mahkluk ini adalah ciptaan Allah maka ia berhak untuk menggunakan rumah Tuannya, atas apa saja tujuan. Cuma kalau perbuatannya adnormal, itu perlulah dilarang kerana menjaga kesucian rumah yang agung itu. Rumah yang agung bukan seperti dewan-dewan tokong atau biara.

Tanggapan mengatakan perbuatan itu (senamrobik) kerana politik, tidak usah ceritalah. Apakah yang Umno buat bukan politik? Melarang penggunaan masjid, membuang imam mengajar tanpa tauliah juga tindakan politik. Cuma tindakan politik Umno nampak dangkal dan rakus tidak berkualiti berbanding tindakan dilakukan oleh MP DAP itu.

Makanya, Umno belajarlah daripada Pas atau DAP kalau mereka mahu disokong oleh orang ramail. Cara Umno lakukan kini bukan mendekatkan orang China tetapi menjauhkan mereka daripada institusi mereka yang semakin lumpuh dan rapuh. Umno tidak perlu malu dan segan untuk meniru sesuatu yang baik. Malahan kalau Umno buat ia lebih menyenangkan kerana boleh dikatakan kunci masjid berada di tangan Umno.

Kalau ini dapat dilakukkan - Umno ke masjid tentu semua masjid negara kita akan penuh kerana semua Melayu bersatu dalam masjid. Kebersatuan itu juga nanti akan dilihat betapa teguh dan solidnya kita kepada keimanan agama dan negara. Inilah baru dikatakan kita orang Islam yang progresif yang tidak boleh diperkotak katikan.

Pemborosan RM12 juta Dan Keselamatan Bumi 1Malaysia

Oleh Ooi Heng

BN-endBahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar.

Aku percaya penduduk desa yang rata-rata melayari laman sesawang tercari-cari bahan bacaan atau bahan berita dalam bentuk penulisan Bahasa Melayu, apabila terbaca pendedahan yang dibuat oleh Senator Syed Husin Ali (gambar kiri) mengenai gaya perbelanjaan Perdana Menteri yang berperut buncit, tidak kurang terperanjatnya berbanding dengan otak durianaku semasa meneliti butiran berkaitan!

42 urusan rasmi menelan hampir RM9 juta

Butiran lanjut yang didedahkan oleh Senator di Dewan Negara menunjukkan dengan jelas sekali bahawa Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat untuk urusan rasmi 42 kali sebanyak 274 hari di luar negara. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan!

Sebelum penduduk desa dan kampung Cina Tenang di dalam Daerah Segamat sempat mempelajari gaya perbelanjaan Perdana Menteri berperut buncit, si "Menteri Melancong" dari planet melancong telah membuktikan bahawa Perdana Menteri berperut buncit bukan satu-satunya pemimpin Barang Naik (BN) yang mempamerkan gaya perbelanjaan yang begitu memboroskan.

Apabila diteliti jawapan yang diperolehi Ahli Parlimen Batu Tian Chua (gambar kanan) pada 19 Oktober 2010 dan dibandingkan dengan jawapan yang diperolehi Senator dua bulan selepas itu, otak durianku mendapati pola perbelanjaan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Melancong.

Jika lawatan luar negara pertama Perdana Menteri 1Malaysia ke Thailand pada 10 April 2009 - seminggu selepas beliau mengambil-alih pentadbiran - menelan belanja sebanyak RM78,507, lawatan luar negara pertama Menteri Melancong ke China pada 23 April 2009 pula menelan belanja sebanyak RM84,810.

Jika Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara, Menteri Melancong pula membelanjakan sebanyak RM3,262,363 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara. Jumlahkan kedua-dua angka di atas maka kita dapat hampir RM12 juta.

Peluang 20 ribu orang terbang KL-Phuket

Tahukah berapa ramai penduduk desa yang dapat menerbangkan diri ke luar negara selama lima hari jika wang rakyat sebanyak RM12 juta digunakan oleh Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri Melancong untuk membiayai harga tiket penerbangan penduduk desa melalui perkhidmatan AirAsia sekitar 28 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011?

Jawapannya: Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Phuket, Thailand, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 20 ribu orang! Atau untuk penerbangan Kuala Lumpur-Hangzhou (Shanghai), China, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 17 ribu orang!

Hal ini bermaksud, jika sekiranya Perdana Menteri berperut buncit tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke Thailand, Menteri Melancong juga tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke China, maka beribu-ribu penduduk desa dapatlah menikmati pengalaman menerbangkan diri ke Thailand atau China.

Penerbangan ke luar negara antara kriteria kualiti hidup

Dewasa ini, penerbangan ke luar negara merupakan antara kriteria kualiti hidup dunia 1Malaysia. Menurut jawapan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed bertarikh 19 Mac 2009, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (MQLI) telah menetapkan sebelas komponen yang mencorakkan kualiti hidup penduduk Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:

1. pendapatan dan pengagihan
2. persekitaran kerja
3. pengangkutan dan komunikasi
4. kesihatan
5. pendidikan
6. perumahan
7. alam sekitar
8. kehidupan keluarga
9. penyertaan sosial
10. keselamatan awam
11. kebudayaan dan hiburan

Sementara bumi 1Malaysia kini diselubungi suasana kematian penduduk 1Malaysia dan penduduk bukan 1Malaysia akibat kemalangan bas satu per satu, kita tidak lagi mengharapkan keselamatan awam dari segi kemalangan jalan raya dapat dijamin oleh Kerajaan 1Malaysia secara berkesan selagi Puspakom dibenarkan memiliki status monopoli dan gaji minimum yang berpatutan untuk sektor pemandu bas tidak ditetapkan tanpa dilengah-lengahkan lagi.

Kini, dalam sanubari kita, yang lebih meyakinkan bukanlah keselamatan jalan raya dunia 1Malaysia yang penuh dengan babak-babak kematian yang dahsyat tetapi keselamatan udara "above bumi 1Malaysia" yang menjadi mod pengangkutan pilihan Perdana Menteri berperut Buncit dan Menteri Melancong. Penerbangan AirAsia yang tergolong dalam komponen ketiga "pengangkutan dan komunikasi" yang mencorakkan gaya hidup berkualiti tanpa mengira perbezaan warna kulit, darah bangsa atau fahaman agama. 1Malaysia tidak memainkan peranan dalam hal ini.

Berdasarkan gaya perbelanjaan boros Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri melancong, aku pasti pemimpin 1Malaysia setuju dengan hujah otak durianku bahawa keselamatan jalan raya tidak terjamin dalam dunia 1Malaysia. Keselamatan jalan raya terjamin hanya "above bumi 1Malaysia".

Menurut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10), "terdapat hubung kait yang rapat antara corak pembangunan dengan kemajuan ekonomi. Kemajuan ekonomi membolehkan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi. Dari segi yang lain, rakyat dan aktiviti ekonomi akan tertumpu ke arah tempat yang berdaya maju, seterusnya membentuk pertumbuhan kluster yang menjana faedah melalui pengaglomeratan ekonomi, produktiviti dan inovasi. Menyedari hal ini, Kerajaan akan menyusun strategi untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar."

"Above bumi 1Malaysia"

1Malaysia kini dicorakkan oleh gaya perbelanjaan Menteri Melancong yang boros lagi memboroskan. Ini merugikan Perdana Menteri berperut buncit yang beria-ia mahu mempromosi strategi APCO-1Malaysia melalui penerbangan beliau sebanyak 42 kali dan sebanyak 274 hari "above bumi 1Malaysia".

Sesungguhnya, Aku yang berperut buncit ingin menyarankan kepada Perdana Menteri berperut buncit: Jangan lupa dibuang Menteri Melancong ke planet melancong dalam rombakan kabinet akan datang dengan kadar segera dan memberikan peluang penerbangan kepada penduduk desa dan kampung Cina dari Tenang, Segamat.

Percayalah otak durianku, ini strategi jangka pendek terbaik untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar. Penduduk desa yang berpeluang menerbangkan diri akan berhijrah ke bandar bagi menikmati kualiti hidup bandar yang above piawaian bumi 1Malaysia. Dengan berbuat begitu, aku percaya penduduk desa lambat laun akan berhijrah secara besar-besaran ke bandar dan membantu menjayakan salah satu daripada matlamat RMKe-10. Tak perlu perkhidmatan APCO-1Malaysia, semua penduduk bandar yang pernah mengalami penghijrahan tahu akan strategi ini.

Pesanan khusus otak durianku untuk penduduk desa dan kampung Cina Tenang, Segamat. Sekiranya Perdana Menteri Berperut buncit dan Menteri Melancong tidak meminta maaf atas pemborosan RM12 juta malahan terus-menerus mengamalkan gaya perbelanjaan boros menggunakan wang rakyat sebanyak RM12 juta, baik kita semua berhijrah ke bandar Singapura dan berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura menanyakan kesahihan komen pegawai-pegawai diplomatik Singapura khususnya Bilahari Kausikan yang mengatakan bahawa: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak (gambar kiri) perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa".

Yang menghairankan, Bilahari Kausikan masih mengetuai rombongan perwakilan Singapura dalam Mesyuarat Pasukan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura pada 22 Disember 2010 berhubung isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tanpa menghadapi bantahan sekeras-kerasnya daripada pemimpin 1Malaysia!

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Istana Tiada Kuasa Mutlak Tentukan Calon Setiausaha Kerajaan Negeri

Shuhaimi Shafiei

SS19Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2).

Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.

Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).

Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.

Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?

Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap “daging yang membaluti kerangka perlembagaan” (the flesh that covers the bare bones of the constitution).

Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya?

Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa:

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;

baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; dan

pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?

Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.

Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato’ Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato’ Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?

Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.

Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato’ Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.

(*) Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda

Putrajaya dan Jakarta digesa siasat kes menteri rogol pembantu rumah

SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Putrajaya dan Jakarta digesa bertindak atas dakwaan seorang Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak merogol pembantu rumahnya dari Indonesia sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan Malaysia tidak harus menutup kes itu, sebaliknya mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan.

Menurut Wikileaks, pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia.

Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama.

Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.

Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia.

“Dikatakan bahawa menteri itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu,” kata Khalid.

“Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan, samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar, mengambil tindakan terhadap menteri tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin,” tambah beliau.

Irene turut menggesa jakarta mengambil iktibar supaya mempertahankan hak rakyatnya.

” Jangan ketepikan atau tutup kes ini. Rakyat mesti tahu siapa Menteri yang terlibat. Saya berharap pemerintah Indonesia mengambil ambil berat dan jangan ada persoalan diplomatik kerana sesiapa yang membuat jahat mesti bertanggungjawab,” kata beliau.

Khalid dan Irene bersetuju atas keperluan Malaysia dan Indonesia menyiasat laporan Migrant Care bagi memastikan kesahihan dakwaan itu demi membela imej kedua-dua negara itu sendiri.

“Sekiranya kerajaan tidak membuat apa-apa maka ianya akan menjejas hubungan kita dengan Indonesia di mana tanggapan orang Indonesia bahawa orang Malaysia pandang hina terhadap rakyat Indonesia itu akan terbukti benar, kalau kerajaan hanya mendiamkan diri,” tegas Khalid.

“Tak lamalah, cerita ini akan keluar, (mungkin) dengan lebih butiran lagi. Saya rasa kerajaan Malaysia harus mementingkan hubungan dengan Indonesia dan mementingkan keadilan. Kalau ada menteri yang terbabit, beliau harus digantungkan jawatan sehingga namanya dibersihkan ataupun sebaliknya,” tambah beliau

Umno kurang pemimpin, Najib kekal Pengerusi Umno Selangor

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kesudian Najib untuk terus menjawat jawatan Pengerusi Umno di Selangor bukanlah satu penghargaan tetapi lebih kepada penghinaan terhadap kepimpinan Umno Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perlantikan ini menunjukkan parti tersebut berada dalam keadaan goyah sehingga menyebabkan tiada pimpinan baru yang layak bagi menerajui Umno Selangor.

“Ia merupakan pengiktirafan akan kegagalan pemimpin-pemimpin Umno di negeri Selangor ini untuk memainkan satu peranan yang boleh meyakinkan pimpinan Umno peringkat pusat, ianya sepatutnya dilihat sebagai satu penghinaan terhadap Umno selangor itu sendiri.

“Ini menunjukkan betapa Umno Selangor sekarang berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga tidak ada kepimpinan yang boleh diketengahkan oleh Najib sendiri,” jelasnya.

Tambah Khalid lagi, beliau yakin ini merupakan satu lagi taktik kotor Umno yang ingin menakluk Selangor semula seperti yang dilakukan terhadap negeri Perak sebelum ini.

“Ini merupakan satu petanda bahawa Umno hendak rampas kuasa di negeri Selangor dalam apa jua cara sekali pun, dia nak ulangi apa yang berlaku di Perak,” katanya.

Khalid membuat kenyataan selepas Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang menyifatkan kesudian Najib terus menjawat jawatan sebagai Pengerusi Umno Selangor merupakan satu penghargaan kepada Umno Selangor.

Dr Xavier sangkal Kuil Sivan ditutup kerana arahan Anwar

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan Kuil Sivan, Bukit Gasing terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan membaik pulih cerun untuk mengelakkan sebarang malapetaka di kawasan itu.

Kenyataan ini sekali gus menyangkal dakwaan N Gobalakrishnan menuduh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penutupan kuil tersebut.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Selangor akan memberi penjelasan terbuka secepat mungkin kepada penduduk kaum Hindu di kawasan itu mengenai perkara tersebut.

“Pihak kuil telah bersetuju membelanjakan RM1.4 juta untuk membaik pulih cerun dengan kerjasama juruteraKumpulan Ikram Sdn Bhd. Ada berlaku tanah runtuh di kawasan itu baru- baru ini,” jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) petang semalam.

Kata Xavier, pembinaan kuil Sivan telahpun berjalan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil alih Selangor.

Menurut beliau, kuil tersebut dibina di tapak hutan simpan tanpa kelulusan, namun setelah perbincangan kerajaan negeri membenarkan projek diteruskan.

Namun setelah pemeriksaan, jurutera mendapati pembinaan kuil tersebut tidak menepati spesifikasi jurutera selain berisiko tinggi berlaku tanah runtuh.

Justeru katanya, kerajaan Selangor terpaksa memberhentikan pembinaan demi keselamatan umum.

“Setelah laporan dikeluarkan, kita mendapati perlu ada kerja membaikpulih cerun dan kerja ubahsuai perlu diberhentikan. Kita halang orang ramai memasuki kuil.

“Penjelasan kepada penduduk akan dibuat secepat mungkin berhubung kawasan itu dan kita berharap dapat menyelesaikan perkara ini. Kita perlu pastikan keselamatan awam sebelum ia dibuka kepada umum,” jelas beliau.

Pembunuhan Kejam Tahun 2010!!

Staff Berita Semasa

pembunuhan kejam

Gambar hiasan ini merujuk pembunuhan Siti Rohana Ismat VS Dato Abdul Aziz

Sepanjang tahun 2010 menarik nafas panjang kami menyelak semula beberapa kes pembunuhan kejam yang mendapat liputan dan tumpuan di seluruh negara. Semakin hari, teknik pembunuhan dan sifat tidak berperikemanusian semakin menjadi-menjadi sehingga melangkaui tahap pemikiran waras manusia normal sepanjang tahun 2010. Antara senarai pembunuhan kejam yang berlaku sepanjang tahun 2010 yang pernah diulas oleh Berita Semasa ialah :

1) Pembunuhan Kejam oleh Rashidi Ishak oleh Rashidi Ismail :

pembunuhan kejam

Pada awal tahun lalu (5 Januari 2010) negara telah dikejutkan dengan satu pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri. Rasidi Ismail, 34, telah didapati membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan. Antara mangsa pembunuhan kes jam tersebut ialah :

  • Mayat Atan Daud, 90,
  • isterinya Sutiah Katas, 80
  • Ismail Awang, 76
  • Siti Khadijah Ismail, 22

Liputan Berita Semasa :

2) Pembunuhan Kejam Syafiah Humaira Sahari :

pembunuhan kejam

Ibubapa yang teringinkan anak tetapi rezeki menimang cahaya mata masih belum kunjung tiba. Dah diberikan zuriat tetapi sayangnya mereka mempersiakan “nikmat” yang diberikan oleh Ilahi. Inilah yang terjadi merujuk kepada penderaan oleh Mohd Fazli Azri Jamil sehingga akhirnya membawa kepada pembunuhan kejam terdapat adik Syafiah Humaira Sahari. Lebih menyayat hati apabila kejadian tersebut berlaku dihadapan sebilangan masyarakat setempat.

Kejadian ini berlaku pada 25 Februari 2010 yang ketika itu baru berumur 3 tahun telah ditemdang dan dipijak menggunakan kasut bola oleh teman wanita ibunya Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya di Ulu Yam Lama, Batang Kali. Syafiah Humaira Sahari dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek.

Liputan Berita Semasa :

3) Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain :

pembunuhan kejam

Kebanyakan rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan pembunuhan kejam yang melibatkan Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain pada akhir bulan Ogos 2010. Kami boleh katakan, inilah perlakuan jenayah paling ngeri tahun 2010 dan mungkin juga dalam sejarah negara.

Kehilangan Datuk Sosilawi Lawiya yang pada mulanya telah berakhir dengan tragedi. Kalau sebelum negara kita dengan pembunuhan kejam terhadap gadis Mongolia yang telah ditembak mati dan diletupkan dengan bom C4 tetapi untuk kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain iaitu pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor atas urusan pembelian tanah telah didakwa dibunuh, dibakar mayat mereka dan akhirnya abunya dibuang ke dalam sungai dengan harapan untuk melupuskan bukti.

“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”

Disebabkan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik ini jugalah terbongkar beberapa kes pembunuhan yang lain. Liputan Berita Semasa :

Tirai 2010 dilabuh: Akhirnya ada yang boleh diraikan bersama

1 a asia cup 2010 winnerOleh Nazli Ibrahim

Ketika hari-hari terakhir 2010, WikiLeaks, Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) dan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi dilihat seolah- olah sebagai isu penutup 2010 yang hangat diperdebatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR.

Semenjak Pilihan Raya Umum ke 12, politik negara ini tidak pernah berhenti bergelora dengan serangan demi serangan antara kedua- dua belah pihak samada BN mahupun PR. Keadaan ini berlarutan hinggalah tatkala 2009 melabuhkan tirai dan fajar 2010 menjelang tiba.

Bagaimanapun, dalam kekalutan politik, masih ada yang wajar diraikan bersama oleh kedua-dua pihak bertelagah di penghujungnya apabila wira-wirawati sukan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan negara.

Antaranya Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicole Ann David (squash), pasukan hoki negara dan terkini skuad kebangsaan bola sepak.

Ketika 2010 mula menjengah, isu penghujung 2009 kehilangan dua enjin pesawat pemintas TUDM, F-5E masih lagi panas dan mendapat tempat di media-media utama ketika itu.

Kenaikan harga runcit gula

Disamping itu, kedatangan tahun baru 2010 turut ‘diraikan’ serentak dengan pengumuman kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Isu yang turut mendapat liputan meluas oleh media-media tahun ini ialah isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dan masyarakat Kristian negara ini.

Isu hangat ini menambah buruk keadaan lagi apabila wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membakar beberapa rumah ibadat di seluruh negara.

Isu lain menyentuh soal agama yang turut berputar ligat sepanjang tahun 2010 ialah antaranya isu peguam syariah di kalangan bukan Muslim, Syiah di Malaysia dan kes mengajar agama tanpa tauliah yang dihadapi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Selain itu baru-baru ini arahan pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadirinya di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur juga telah menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Dalam isu berkaitan keagamaan, ia dihangatkan lagi apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjadi mangsa permainan politik pihak tertentu setelah menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah surau di Kajang.

Sentimen perkauman

Sementara itu dalam isu membabitkan sentimen perkauman, sehingga 3 Februari sekurang-kurangnya 12 laporan polis telah dibuat gara-gara keceluparan pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung ucapan beliau dalam seminar 1Malaysia di Melaka yang berbau perkauman.

Isu pasir di Selangor antara isu yang mendapat perhatian khususnya media arus perdana. Rentetan isu yang semakin panas ini, pada 20 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah Ketua Pesuruhjayanya yang baru, Datuk Abu Kassim Mohammed telah menahan sekurang-kurangnya 38 orang termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu politik di seluruh negara.

Perdebatan isu Ketuanan Melayu Umno dan Ketuanan Rakyat PR juga merupakan isu yang terus menjadi ‘buah pukulan’ baik dari pihak BN mahupun PR di sepanjang tahun 2010 ini.

Kes liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Kes ini turut telah menarik perhatian ahli parlimen dan anggota senat negara luar.

Royalti minyak Kelantan

Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan juga mendapat tempat oleh pengamal media sepanjang 2010. Dalam isu tersebut, pemimpin senior Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memilih untuk menyebelahi Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Perjalanan Inkues kematian Teoh Beng Hock yang menambah burukkan lagi wibawa SPRM dan Kerajaan Malaysia juga mendapat menjadi tumpuan masyarakat pada tahun ini.

Turut mencuri perhatian, apabila fenomena lompat parti oleh ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR masih gagal dibendung oleh pemimpin parti itu sekaligus mencemarkan imej parti itu dan secara tidak langsung memberi kredit kepada BN.

Selain Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR, Ahli Parlimen dan Adun PKR lain ialah Datuk Salehuddin Hashim, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Mohsin Fadzli Samsuri, Mohammad Fairus Khairuddin, Tan Tee Beng dan Wee Choo Keong.

Menteri Besar yang disingkirkan pula, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari yang mengesahkan penyingkiran beliau mungkin akan mengakibatkan situasi monarki mutlak di Malaysia.

Karier politik Chua

Menambahkan kehangatan tahun 2010, apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilihat telah mencapai penghujung karier politiknya berjaya membuat ‘come back’ dengan bergaya apabila memenangi jawatan presiden MCA.

Chua telah berjaya menewaskan bekas presiden Datuk Seri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA pada 28 Mac lalu.

Umum melihat senario politik 2010 kembali memihak kepada BN apabila pada 25 April, calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

BN yang mula tampak selesa setelah memenangi PRK Hulu Selangor, menerima tamparan apabila kerusi Parlimen Sibu berjaya dirampas oleh calon DAP, Wong Ho Leng yang menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dan calon bebas Narawi Haron dalam PRK parlimen itu pada 16 Mei lalu.

Bagaimanapun BN menemui semula sentuhan untuk menyekat kemaraan PR apabila memenangi dua kerusi dalam dua PRK yang diadakan serentak 4 Oktober lalu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 manakala Datin Linda Tsen bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

Sepertimana kelaziman dalam pilihan raya yang di adakan dalam negara ini, kontroversi yang melibatkan dakwaan rasuah politik, ketelusan dan undi pos masih bermain-main dalam setiap PRK yang dijalankan ini.

Pemilihan pimpinan PKR

Pemilihan Pimpinan PKR antara isu yang mendapat liputan meluas dari media perdana dan juga alternatif. Pemilihan tersebut pada awalnya menjadi kebanggaan parti itu kerana merupakan satu-satu parti politik yang memberikan hak memilih pemimpin kepada ahli akar umbi.

Bagaimanapun kebanggaan tersebut bertukar menjadi bencana kepada PKR apabila didakwa banyak penyelewengan telah berlaku bermula daripada proses pencalonan lagi.

Akibat merasa tertipu, calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim telah bertindak keluar parti dan kini menyertai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebelum ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dengan jawatan Presiden parti itu.

Walaupun musim pemilihan PKR telah lama berakhir, namun kemelut berhubung aduan-aduan yang diterima parti sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Turut menerima sasaran kritikan sepanjang 2010 ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan penglibatan aktifnya yang dianggap membazirkan wang negara dan menganggu urusan pentadbiran kerajaan.

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pula, antara personaliti yang boleh dianggap sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditahan atas dakwaan rasuah yang melibatkan kediamannya yang bernilai jutaan ringgit.

Pada 16 Disember, empat wakil rakyat pembangkang digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan gara-gara mengaitkan APCO, 1Israel dan 1Malaysia. Mereka yang dikenakan tindakan penggantungan itu ialah, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR), Karpal Singh (DAP), S.Sivarasa (PKR) dan Azmin Ali (PKR).

Pendedahan WikiLeaks menghangatkan lagi suhu politik hujung tahun dalam negara ini apabila beberapa komunikasi sulit pemimpin dunia terdedah untuk tatapan umum.

Antara isu yang terjebak ialah kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan yang paling mengejutkan ialah dakwaan terhadap seorang menteri yang merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 tetapi tiada tindakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri ‘perogol’

Walaupun sehingga hari ini belum ada mana-mana media menyebut dengan jelas nama menteri terbabit, umum telah mengetahui indentiti menteri berkenaan melalui klu yang banyak di paparkan di media-media alternatif.

Ketika 2010 hampir melabuhkan tirainya, PR telah sempat menembak peluru terakhirnya apabila mengumumkan rancangan 100 hari pemerintahan PR dalam buku jingga yang dilancarkannya.

Sedikit sebanyak tindakkan PR ini dianggap mampu membuatkan pemimpin BN berada di dalam keadaan yang merimaskan dan memeningkan kepala.

Pertikaian antara kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR dengan kerajaan pusat juga masih tidak berpenghujung apabila kerajaan pusat didakwa tidak menghormati semangat federalisme.

Terbaru, kontroversi perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah mendapat bantahan Kerajaan Negeri Selangor mula berlegar-legar di penghujung 2010.

Kos sara hidup meningkat

Isu sepanjang 2010 yang tentunya mendapat perhatian rakyat negara ini ialah siri kenaikan harga barangan keperluan sepanjang 2010 yang semakin meningkatkan kos sara hidup rakyat negara ini dan menyebabkan tekanan hidup yang semakin memuncak.

Akhirnya dalam tekanan keperluan hidup dan pertarungan politik yang tiada kesudahan antara BN dan PR, tiba-tiba anak-anak buah K Rajagopal telah menghadiahkan sesuatu yang wajar diraikan bersama oleh semua rakyat negara ini.

Kelmarin, skuad bola sepak negara membolehkan rakyat negara ini menutup tirai 2010 dengan perasaan bangga dan tersenyum apabila anak-anak muda ini berjaya membawa pulang kejuaraan Piala AFF Suzuki setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Malahan pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyarankan dua pemimpin utama parti bertelagah BN, Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersatu untuk menyambut kepulangan wira-wira muda negara itu petang semalam.

Menurut pemimpin pertubuhan itu, Badrul Hisham Shaharin, SAMM sendiri akan menggerakkan anggotanya untuk menyertai sambutan kepulangan skuad bola sepak negara itu.

Memetik blog Anwar Ibrahim pula, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak negara itu sambil berkata kejayaan tersebut semuga membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Berita gembira ini turut disusuli oleh pengumumkan Najib yang mengisytiharkan hari 31 Disember sebagai cuti umum sempena menyambut kegemilangan sukan bola sepak negara.

Polis sedia hadapai kemungkinan PRU-13, Sarawak serentak

BERNAMA


KUCHING — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada dalam siap siaga termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Polis membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa seperti menambah keanggotaan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Hussin ke Sarawak setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau pernah berkhidmat di Sarawak pada tahun 1994 hingga 1996.

“Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan,” katanya.

Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.

Sempena tahun baru, Hussin berkata PDRM akan mengemblengkan tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di Sarawak dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap perkhidmatan pasukan polis.

Antara tumpuan yang akan diberikan di Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan kepolisan kemasyarakatan, katanya.

“Kita akan mengkaji semula dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambahbaik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.

“Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan perancangan, usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat,” katanya.