HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mei 2013

Wahai anakandaku, pulanglah awal


Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Ayahanda ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah anakanda sedar mengapa manusia sering menelan air liur?

Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.

Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan ber-asarkan air liur yang ditelannya.

Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 kali sehari? Tujuannya mungkin adalah untuk kita menelan air liur yang baik yang menenangkan untuk 5 kali sehari. Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu.

Wahai anakanda,

Anakanda sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran.

Ekoran itu, anakanda tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar tradisional dan TV.

Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi ayahanda. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita.

Generasi ayahanda terkena racun air liur bahawa BN ialah tempat kami bernaung dan mencari makan. Tanpa BN habislah rezeki kami. Kami diracunkan sehingga sebegitu rupa sehingga terlupa bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada antara kita yang menganggap BN lebih besar daripada segalanya.

Namun itu sangat berbeza di generasi anakanda. Generasi anakanda tidak terkena racun ini. Air liur beracun yang cuba dihasilkan di mulut anakanda melalui akhbar-akhbar dan TV milik kerajaan gagal berlaku kerana anakanda ada internet sebagai sumber mencari kebenaran.

Oleh itu, dakyah kerajaan tidak terkena pada generasi anakanda. Generasi anakanda lebih sedar mengenai situasi negara kerana maklumat di hujung jari. Oleh itu, anakanda perlu menjadi agen perubahan dengan memberikan penawar kepada generasi ayahanda.

Generasi ayahanda perlu disembuhkan. Cara paling berkesan untuk menawarkan racun air liur berdekad yang ditelan kami ialah penerangan daripada anakanda menggunakan fakta dan hujah. Generasi ayahanda perlu dididik mendapatkan sumber maklumat kedua melalui teknologi-teknologi terkini. Diharap anakanda dapat memikul tanggungjawab ini.

Wahai anakanda,


Pulanglah mengundi kali ini. Ajaklah sahabat-sahabat anakanda untuk pulang ke kampung bersama untuk mengundi. Selain mengundi, anakanda boleh meluang masa dengan bonda dan ayahanda.
Baliklah awal sehari dua untuk memberikan penawar kepada kedua-dua orang tuamu. Yakni, anakandalah penawar racun air liur terbaik untuk mereka terkena dakyah kerajaan di akhbar-akhbar dan tv perdana.

Sekian itu sahaja anakanda untuk kali.

Ayahandamu.
Senyum.
Ini KALI-Lah.

TUAN PUNYA KARYA MENGAMUK SEBAB HASIL KARYANYA DICILOK DIJADIKAN BAHAN KEMPEN UMNO!!!!

OMAK KAU

Dahlah iklan tidak masuk akal, muka mat bangla dijadikan model sebagai warga bujang dan akhirnya berkahwin setelah mendapat bantuan Bujang 1M'sia.

Kini tuan punya karya gambar pengantin tampil meluahkan rasa ketidak puas hatinya...Berikiut adalah luahan hati tuan punya karya:-

INI MANIPULASI

this is not rite and this is tiada etika dalam bekerja. penulisan asal di sini

"Gamba pengantin ini saya ambil pada 15 may 2007..... menguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gamba isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB

saya dah lihat sendiri banner ni ..Lokasi: presint 9 dekat petronas simpang 4- Nasrul Effendy "

karya pengantin adalah milik NASRUL EFFENDY. hak karya jurugambar di perkotak katikkan , karya is karya jangan rosakkan karya orang lain tanpa keizinan.

semoga kita di jauhkan dari sifat2 yang tidak elok dalam bekerja dan mencari keberkatan.

BEGITU HINA DAN JIJIK SEKALI PERMAINAN UMNO NI...SANGGUP DIEDIT WAJAH PENGANTIN WANITA DAN CILOK KARYA ORANG LAIN.

MANA PUNYA MUKA MAT BANGLALAH DIA AMBIL UNTUK DIJADIKAN WARGA BUJANG!!!!!
......

HANYA SI PENGHINA SAYA YANG SANGGUP HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT!!!

Mat Taib masuk PAS sebelum Umno kalah

Subky Latif,


TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS.

Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.

Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.

Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.

Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari  PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah  pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang  dan budak-budak PAS yang  cicir dari PAS itu kebudak-budakan.

Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.

Atas latar belakang itulah  dia saja masuk  PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.

Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas  Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.

Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi.  Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.

Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang  tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.

Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti  Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.

Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam  dan PAS.

Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.

PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang  dan bertambah kuat. Ia bukan  saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.

Bertambah ramai orang profesional masuk PAS.  Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama  UMNO. Yang bersama  UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.

Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.

Syabas! Mat Taib sudah dulu.

PAS dedah dokumen Mini Zoo cecah RM100 juta

Khairul Azlam Mohamad,



Dr Syed Azman menunjukkan dokumen berkenaan kepada pihak media.

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendedahkan satu dokumen mengenai kos perbelanjaan bagi pembinaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman, yang mencecah hampir RM100 juta.

Calon PAS bagi Dun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata pendedahan mengenai dokumen pembinaan Zoo Bukit Takal tersebut bukti dakwaan PAS selama ini benar dan berfakta.

Ini katanya, sekaligus menyangkal dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sering kali menuduh PAS membuat fitnah mengenai projek tersebut.

Menurutnya, dokumen mengenai Mini Zoo berkenaan jelas memaparkan projek tersebut menelan belanja hampir RM100 juta.

“Selama ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah buat penafian dan menuduh PAS-Pakatan Rakyat berbohong tentang fakta mengenai pembinaan Mini Zoo itu.

“Ini bagi menjawab apa yang menjadi tohmahan Menteri Besar yang kata, kita (PAS) bohong dan menipu kepada rakyat di negeri Terengganu selama ini,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.

Jelasnya, projek itu sahaja dari segi phasing and construction schedule yang mempunyai beberapa fasa dan kosnya sahaja sebanyak RM94,949,373.

“Inilah yang kita (PAS) sebut selama ini pembaziran yang dilakukan oleh MB Terengganu,” jelasnya pada satu sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, di pejabat PAS negeri, di sini, semalam.

Dokumen tersebut diedarkan kepada semua pihak media yang terkandung maklumat terperinci mengenai semua kos pembinaan Mini Zoo Bukit Takal termasuk kos pembelian haiwan peliharaannya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah calon PAS bagi Parlimen P.036 Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Ahmad dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua.

PAS ajak pekerja jadikan M’sia baru selepas 5 Mei

Bashir Ishak,


KANGAR: Sempena Hari Pekerja hari ini, Lajnah Pekerja PAS Pusat mengajak seluruh warga pekerja di negara ini menggunakan undi masing-masing dengan sebaik-baiknya agar sebuah negara Malaysia yang baru dapat dilahirkan selepas 5 Mei ini.
Menurut pengerusi lajnahnya, Mohd Anuar Tahir (gambar), walaupun sambutan Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada saat negara sedang menghadapi pilihan raya umum, bagi golongan pekerja, 1 Mei ini adalah tarikh keramat yang perlu dirayakan oleh semua.

"Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh golongan pekerja di mana jua anda berada. PAS dan Pakatan Rakyat  komited untuk meletakkan golongan pekerja sebagai kumpulan terpenting di negara ini.

"Para pengundi diseru untuk mengundi Pakatan Rakyat yang amat mesra pekerja dan telah terbukti melalui manifestonya yang jelas untuk memartabatkan warga pekerja.

"Sebaliknya, manifesto BN tidakpun mengakujanjikan masa depan yang lebih baik bagi kaum pekerja di negara ini.

“Selamat Hari Pekerja, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia mengundi untuk mengangkat darjat golongan pekerja di negara ini," katanya.

Tokguru Tidak Perlu Hiraukan Brahim Ali






Oleh Mohd Sayuti Omar

Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM4 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.

Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tokguru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughalazah.

Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.

Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.

Saya tidak mahu memberi jawaban dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.

Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.

Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?

Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir-pinggir kampung Pasir Mas.

Sekali lagi diingatkan Tokguru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah. Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.

Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; "pergi taya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi.." Ada faham ke Brahim bab ini?

Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak 'kirah' semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.

Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh...

RM4 juta harga Tokguru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak orang terkaya di Malaysia? Brahim, Nik Aziz bukan seperti Madir, Nik Aziz adalah Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis 'menete tak reti bahasa'.

Kalaulah Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4 juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai tokguru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim.http://msomelayu.blogspot.com/

Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas

MALAYSIA CHRONICLE


SHAH ALAM – Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.

“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.

“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk

Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Selain pendidikan percuma, manifesto PR yang dilancarkan Februari lalu turut disertakan pemberian caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan.

Shaharuddin menambah, sekiranya pemberian pendidikan percuma boleh dilaksanakan pada tahun 1980an, mengapa perkara sama tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.

Mengakui ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendidikan percuma sukar dilaksanakan memandangkan jumlah pelajar semasa adalah terlalu ramai, Shaharuddin menjelaskan dari sudut lain pendapatan negara ketika ini semakin meningkat.

“Jadi, suasana yang ada pada tahun 1980an itu masih boleh diteruskan.

“Kalau dulu boleh dilakukan mengapa sekarang tidak boleh?” katanya lagi.

Sementara itu, Maszlee pula berpendapat, terdapat perbezaan di antara pendidikan percuma dengan pencapaian yang dicapai negara seperti Jerman dan negara-negara

Scandinavian lain yang dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Namun jelas beliau, pemberian pendidikan percuma di negara-negara terbabit tidak menjadi isu sama ada ia akan menjadikan pelajar menjadi malas ataupun tidak.

“Apa yang perlu menjadi perhatian utama ialah kandungan yang diajar di universiti itu dan juga suasana sekeliling.

“Dalam kes ini, sistem pendidikan awal sebelum itu perlu diberi penumpuan ataupun pemilihan universiti itu satu isu lain,” jelas beliau. -sinarharian.com

Ummi Hafilda mahu pastikan Anwar, Azmin tersungkur

Written by  -
Rate this item
(0 votes)

BALIK PULAU - Tanpa mengira penat lelah, ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali terus berceramah bagi mendedahkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.

Menurut Ummi Hafilda, beliau bertanggungjawab menceritakan kepada umum tentang agenda jahat Anwar dan Azmin untuk menguasai negara ini serta cita-cita politik mereka yang boleh menghancurkan negara.

"Biarpun pelbagai cemuhan dan kata-kata nista saya terima tapi saya rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan siapa sebenarnya Anwar yang diagung-agungkan oleh penyokong pembangkang.

"Harapan saya hanya satu iaitu memastikan kedua-duanya tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini serta menguburkan karier politik mereka," katanya dalam ceramah bertajuk Membongkar Wajah Sebenar Anwar di Kampung Teluk Bahang di sini malam tadi.

Jelasnya, terlalu banyak pendustaan yang dibuat oleh Anwar sehinaga beliau dipandang mulia oleh penyokong pembangkang sedangkan hakikatnya ada agenda jahat yang dirancang sekiranya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Anwar, ujarnya, akan terus menyerang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak asalkan cita-citanya untuk merampas kuasa berjaya dan meneruskan persahabatan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Indonesia dan Singapura.

"Oleh itu saya berharap pengundi menggunakan rasional akal untuk menolak calon pembangkang pada PRU-13 bagi mengelakkan mereka mendapat mandat sebagai kerajaan.

"Saya yakin kebenaran yang diperjuangkan selama ini berhubung siapa sebenarnya Anwar dan Azmin akan membuka mata rakyat sekali gus menolak penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Gombak itu," ujarnya.

Selain itu, katanya, rakyat juga harus membuka mata untuk mengkaji kenapa anak lelaki Anwar iaitu Mohd. Ihsan tidak pernah memperjuangkan bapanya selama ini.

"Sudah tiba masanya rakyat buka mata dan tidak terus terlena serta terpesona dengan lakonan Anwar itu tapi kajilah tembelangnya selama ini.

"Orang ramai juga harus bertanya kepada diri sendiri mahukah mereka seseorang yang gagal ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan suatu ketika dulu membawa Malaysia ke arah negara yang lebih maju?" soalnya.- UTUSAN ONLINE

13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin

MALAYSIA CHRONICLE


JOHOR BAHRU- Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.-harakahdaily
Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/BN%20pergunakan%20jabatan%20kesihatan.jpgKUALA TERENGGANU - Pengarah Kesihatan negeri Terengganu telah menggunakan jawatan beliau untuk berkempen dan perkenalkan calon BN kepada kakitangan jabatan jesihatan di majlis rasmi hospital.

Kempen politik itu berselindung di sebalik Majlis dialog bersama ahli lembaga pelawat hospital Jerteh hari ni, Selasa pada jam 10 pagi tadi.

Walaupun Pengarah tidak hadir, Timbalan Pengarah Dr Mohammad Omar hadir mewakili Pengarah menunjukkan persetujuan jabatan itu dipergunakan oleh kempen plitik Umno-BN.

Perkara yang sama dibuat di Klinik kesihatan Kuala berang kelmarin.  Dr Anwa yang baru dikuniakan gelaran Dato' telah memperkenalkan calon parlimen BN di Klinik Kesihatan Kuala Berang dengan program dibuat atas nama Panel Penasihat, dimana semua AJK Panel Panasihat adalah AJK Umno.

Semua majlis ini jelas menunjukkankebenaran dakwaan Umno-BN menggunakan jentera kerajaan dan mencabuli prinsip demokrasi yang telus dan adil.