HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 November 2013

Kerajaan Johor digesa pelihara Sungai Pulai, bela nasib Orang Asal Seletar

Dyana lks

GELANG PATAH: DAP menggesa Kerajaan Negeri Johor bertegas terhadap pemusnahan kawasan perlindungan tanah paya akibat daripada pembangunan pesat di persisiran Sungai Pulai sebagai sebuah kawasan yang dilindungi dalam Konvensyen Tanah Paya (RAMSAR Convention 2003).

Gesaan itu dibuat kerana banyak aduan diterima daripada masyarakat sekitar rata-ratanya Orang Asal Seletar yang bergantung hidup kepada sungai berkenaan sebagai punca rezeki.

Justeru, Pemuda DAP (DAPSY) Johor mengambil inisiatif turun padang meninjau masalah yang dialami Orang Asal berkenaan.

Turut sama ialah Ketua Biro Teknologi Hijau dan Alam Sekitar DAPSY Kebangsaan, Marcus Sew; ADUN DAP Pengkalan Rinting, Cheo Yee How’ Ketua DAPSY Pasir Gudang, Sandra Tang dan AJK DAPSY Johor, Yan Boon Meng dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud

Menurut Dyana Sofya, Sungai Pulai terjejas teruk sejak kebelakangan ini termasuk penurunan tangkapan hidupan laut yang ketara di kawasan itu dan pengecutan kawasan hutan paya bakau yang drastik.

“Semakin banyak kawasan hutan paya bakau dimusnahkan dan persisiran sungai ditambak untuk memberi ruang kepada pembangunan komersial dan kediaman berikutan projek Iskandar Malaysia.

“Saya ingin bertanya, adakah kawasan perlindungan RAMSAR Convention ini benar-benar dilindungi? Sekiranya lebih banyak kerosakan berlaku ke atas kawasan ini, kami bimbang kita tidak mungkin akan dapat lagi memulihara dan mengekalkan ekosistem Sungai Pulai yang merupakan satu daripada contoh terbaik lembangan tropika di Malaysia,” katanya.

Justeru, pihaknya sekali lagi menyeru Menteri Besar Johor mengambil langkah tegas mengelak kemusnahan kawasan ini secara berterusan.

Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup adalah tiga kawasan di Negeri Johor yang dilindungi RAMSAR Convention sejak 31 Januari 2003.

Kawasan ini mempunyai beberapa fungsi ekological yang amat penting termasuk membendung mendapan dan nutrien dan membuang sisa toksik, melindungi produk semulajadi yang mempunyai nilai ekonomi seperti kayu dan perikanan. –Roketkini.com

Jurugambar asing dakwa Pos Malaysia curi fotonya


Susan Tam , Yahoo Malaysia

 
Adakah kedua-dua gambar ini burung yang sama?

Seorang jurugambar yang berpejabat di Manila nampaknya begitu pasti. Dia menuduh Pos Malaysia "mencuri" salah satu fotonya dan menggunakannya pada setem pos Malaysia.

Romy Ocon berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam mengenai tindakan terhadap Pos Malaysia selepas mendapati salah satu fotonya mungkin telah digunakan tanpa kebenarannya sebagai sebahagian daripada koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Nampak seseorang telah mencuri salah satu foto saya - foto burung Shrike berekor panjang (Lanius schach) - kemudian tersilap menggunakan sebagai burung Falconet berdada putih dalam setem yang dikeluarkan oleh Malaysia," tulis Romy Ocon di laman forum dikenali sebagai Digital Photography Review.

Di bawah tajuk, 'foto saya telah dicuri dan digunakan dalam setem Malaysia?', Romy mencerita bagaimana dia menemuinya dan membandingkan gambar asalnya dengan yang dipaparkan pada setem di bawah satu kempen pelancongan.

Apabila Yahoo Malaysia klik pada pautan yang kononnya menyambung ke halaman Facebook Pos Malaysia, ia memaparkan "kandungan ini tidak ada buat masa kini."

Aduan Romy itu turut dipaparkan di forum Fred Miranda, satu lagi laman perbincangan dalam talian untuk fotografi.

'Dua kesilapan besar'


Dalam tulisan di forum itu, Romy mendakwa bukan sahaja foto tersebut didakwa digunakan tanpa kebenaran, tetapi ia juga salah kapsyen.

Menurutnya, "sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang."

NONERomy (kanan) menambah, "Saya pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkan perbuatan keji ini (yang sepatutnya sangat memalukan mereka), dan saya berharap mereka akan menyiasat siapakah yang melakukan ini dan membetulkan kesilapan itu."

Dalam temubual emel, Romy memberitahu Yahoo Malaysia bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung tuduhan tersebut.

Yahoo Malaysia juga bertanya kepada Romy sama ada beliau yakin itu adalah fotonya. Katanya, beliau melakukan satu analisis ke atas foto tersebut dan mendapati ada banyak ciri-ciri yang sama di antara gambar pada setem itu dengan gambarnya. Anda boleh melihat analisis tersebut di sini.
Beliau menyediakan kepada Yahoo Malaysia satu lagi analisis video, yang menunjukkan bagaimana gambar tersebut mungkin telah diedit dengan menindih (superimpose) ciri-ciri pada imej asal, menggunakan perisian menyunting foto .

"Terdapat analisis lain oleh jurugambar dalam thread dalam DP Review dan Fred Miranda, yang  mengesahkan bahawa foto-foto itu adalah imej yang sama. Saya yakin bahawa satu analisis oleh pakar-pakar bebas, akan mengesahkan perkara yang sama.

"Saya mempunyai fail RAW imej tersebut, jadi saya boleh membuktikan milik hak cipta dalam mana-mana forum atau tempat," kata Romy yang terlibat dalam bidang fotografi hidupan liar sejak 2004.

Yahoo Malaysia bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengalami kecurian gambar sebelum ini. "Ya, banyak kali. Tetapi ini adalah kali pertama sebuah institusi kerajaan, dan jiran di Asia Tenggara, terlibat," kata jurugambar berusia 48 tahun itu.

Yahoo Malaysia difahamkan bahawa Pos Malaysia sudah menyedari mengenai tuduhan tersebut dan sedang bertemu Tourism Malaysia berhubung perkara itu. Yahoo Malaysia diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi itu lewat hari ini.

Romy memberitahu kami bahawa beliau akan menasihati jurugambar lain supaya hanya menyiarkan versi kecil foto mereka dalam talian dan hendaklah sentiasa meletakkan watermark pada hasil mereka untuk mengelakkan dicuri.- Yahoo Malaysia

'Rekod Saya Positif, Tiada Penipuan Dalam PRU' - Najib



 
Najib Tun Razak
 
 
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wujudnya penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu dengan berkata, dakwaan Barisan Nasional
(BN) membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia untuk mengundi adalah tidak benar.

"Secara keseluruhannya dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

"Sebagai contoh, mereka mendakwa kami membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya umum yang lalu. Dan sejak PRU-13 mereka tidak boleh menyediakan bukti mengenainya," katanya dalam satu temubual bersama Christiane Amanpour dari CNN pada Jumaat.

Najib menegaskan beliau mempunyai rekod positif dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu penahanan tanpa bicara.

Katanya, beliau cuba untuk mencapai matlamat jangka panjangnya dan wawasan untuk negara tetapi dalam mencapai kestabilan, 'majoriti rakyat tidak harus dipinggirkan'.

"Kami memenuhinya juga, dengan cara yang sangat inklusif, bagi minoriti kecil. Kami tidak rasis sama sekali," katanya

Rahsia, Maklumat Sulit Ketenteraan Negara Selamat - Zulkifeli

MSTAR ONLINE
 
 
KUANTAN: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini tiada kebocoran membabitkan maklumat dan rahsia ketenteraan negara kepada pihak asing.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pendekatan tertentu untuk mengekang perkara itu selain sentiasa mempertingkat kewaspadaan.

Setakat ini rahsia ketenteraan negara selamat, katanya kepada pemberita selepas menutup program Eksesais Setia Padu ATM bersama agensi keselamatan lain seperti polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bagi menangani bencana alam di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Gebeng, di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau ditanya mengenai dakwaan bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Edward Snowden yang mengatakan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Zulkifeli turut memberi jaminan bahawa latihan eksesais ATM bersama angkatan tentera asing tidak akan menyebabkan kebocoran maklumat.

Mengenai program itu, Zulkifeli berkata ATM menerusi Majlis Keselamatan Negara akan meneruskan latihan eksesais tersebut setiap dua tahun bagi memantapkan prosedur menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana alam.

"Program yang pertama kali kita adakan hari ini akan diperbesarkan lagi ke tempat-tempat yang kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di negara ini," katanya. - BERNAMA

Khutbah: GST tak akan bebankan rakyat


MALAYSIA KINI
 
 
 
Mimbar Jumaat hari ini menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu.

Melalui khutbah itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengelolanya berhujah, GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.

azlanMalah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.

"Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.

Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska.

Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat.

Deepavali muram buat OKU ekoran dasar baru


Lawrence Yong

 

Esok mungkin Deepavali yang suram untuk ramai orang kelainan upaya (OKU), selepas mereka tidak lagi menerima bantuan bulanan sejak Julai lalu.

Walaupun telah mengadakan protes pada 23 Oktober lalu, pusat bantuan OKU Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) berkata, aduan mereka masih tidak didengari.

m moorthy 050106 francis sivaKetuanya Francis Siva (kiri) berkata, ramai golongan itu menelefonnya pagi ini ekoran kesusahan selepas bantuan bulanan RM300, yang berguna untuk perubatan dan keperluan hidup, tidak dikembalikan seperti dijanjikan.

Bulan lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberitahu kumpulan itu, OKU harus tampil ke pejabat mereka untuk mengisi beberapa borang dan mendapatkan beberapa dokumen sokongan secara tahunan.

"Mereka mahu kami merangkak untuk ke pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat ini - apa semua ini?" soal Francis.

JKM antaranya menjelaskan, jabatan itu mengetatkan sistem pengedaran bantuan selepas Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendapati terdapat bantuan disalurkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akaun tidak aktif.

Ia berlaku ekoran kelemahan pengurusan rekod.

OKU bekerja dengan gaji bawah RM1,200 layak mendapat elaun RM300 sebagai tambahan. Sistem itu telah berjalan selama beberapa tahun.

Julai lalu, ramai OKU terkejut apabila elaun itu tidak dimasukkan seperti biasa. Selepas dua bulan, mereka menyedari sesuatu yang berbeza.

"Jika terdapat dasar baru, mereka patut berunding dengan kami dulu... jika mereka tamatkan wang kami, bagaimana kami hendak hidup? Kami sudah kami kumpulan membebankan," kata Siva.

Ketika dihubungi, pengarah JKM Putrajaya enggan mengulasnya

'Lebih baik tonton Tanda Putera dari ceramah PAS'


Susan Loone

 

Di hari-hari terakhir menjelang pengundian pilihan raya kecil Sungai Limau, BN kini memulakan tayangan filem kontroversi Tanda Putera di bilik gerakannya.

Ditayangkan dengan layar besar, buah tangan pengarah Shuhaimi Baba ditayangkan menggunakan sistem bunyi yang canggih sehingga dapat didengar hingga ke jalan raya berdekatan.

NONEIa ditayangkan di pusat operasi BN dan pondok yang kebetulan berdekatan dengan markas lawan mereka PAS.

Malaysiakini mengesan tayangan itu dibuat di Pekan Sungai Limau Dalam, sebuah kawasan majoriti Cina dengan kira-kira 1,800 pengundi.

Difahamkan, tayangan akan turut dibuat esok di Sekolah Kebangsaan Sungai Daun Tengah, yang terletak 4.7km dari Sungai Limau.

Bagaimanapun, Gerakan, yang disasarkan dalam beberapa insiden keganasan dalam filem itu tidak merasakan apa-apa masalah dengan langkah itu.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang (atas) mencadangkan pemilih di Sungai Limau menontonnya daripada mendengar ceramah PAS.

Antara lain, katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menetapkan pendiriannya berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam siri-siri ceramah mereka.

"Mereka berbolak balik dalam isu dan berbeza pendapat berhubung GST," kata Tan kepada Malaysiakini.

"Saya tidak nampak apa-apa salah dengan filem itu, Barangkali, dengan Umno menayangkannya, mereka dapat tarik undi buat calon."

MCA Minta Dua Kerusi Exco Kedah - Dr Chua



 
Chua Soi Lek (kanan) menemui pengundi kaum Cina di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah pada Jumaat.
 
 
YAN: MCA akan melobi untuk mendapatkan dua kerusi tambahan Exco Kerajaan Negeri Kedah, bagi memenuhi kuota yang diperuntukkan kepada parti itu.

Pada ketika ini, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir hanya melantik lapan daripada 10 Exco, dengan dua lagi secara tradisinya diberikan masing-masing kepada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi kuota kerusi exco berkenaan.

"Bagaimanapun ia tidak bermaksud kita akan dapat (kerusi exco).

"Saya fikir Gerakan akan faham kerana mereka tidak mempunyai seorang wakil rakyat pun di Kedah," katanya kepada pemberita di bilik gerakan MCA di Sungai Limau Dalam pada Jumaat.

Dr Chua berkata beliau akan berbincang dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu berkenaan sebaik sahaja pilihan raya kecil Sungai Limau berakhir.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan akan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Dr Leong Yong Kong sebagai Ahli Majlis. Sementara seorang lagi Adun MCA di Kedaah ialah Chua Thiong Gee, wakil Kulim.

Dr Chua menegaskan pilihan raya kecil 4 November ini merupakan peluang terbaik untuk masyarakat Cina menunjukkan mereka kembali menyokong BN dan tidak lagi terkeliru dengan dakyah pembangkang.

"Pada pilihan raya umum Mei lalu, pembangkang cuba menukar kepimpinan kerajaan Pusat dan kini kita mempunyai dua sistem, apa yang kita ada ialah dua sistem bersifat perkauman.

"Orang Melayu dengan kerajaan dan orang Cina dilihat bersama pembangkang.

"Ini tidak bagus bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia," katanya.

Ditanya apa akan berlaku sekiranya sokongan orang Cina tidak berubah seperti yang diharapkan, Dr Chua berkata ia akan jadi 'sangat mengecewakan'.

"Pengundi punya pilihan untuk memilih namun mereka perlu sedar bahawa teman DAP ialah PAS.
"PAS tidak akan memfokuskan kepada pembangunan sebaliknya pelaksanaan hukum Islam," katanya.

Mengenai kritikan pemimpin pembangkang berhubung pengumuman peruntukan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada sekolah Cina di sini, Dr Chua menegur sikap pembangkang yang sering mengkritik sepanjang masa.

"Sekiranya beliau di sini dan tidak memberikan peruntukan kepada masyarakat Cina, mereka akan mengadu orang Cina diketepikan.

"Sekarang beliau memberikan peruntukan, mereka dakwa BN cuba membeli undi," katanya.

Kajian Diperlukan Berhubung Kenaikan Kadar Perkhidmatan Astro

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan lanjut.

Saranan itu dibuat Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari. "Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu.

"Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti 'program ulangan' dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan 'King's Day' bagi negara Belgium di sini malam Jumaat.

Jailani menarik perhatian bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.

Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.

Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai 'peningkatan sederhana'. -BERNAMA

Jumaat, 1 November 2013

Tanda Putera tayangan ‘istimewa’ kepada penduduk Sungai Limau, kata pemuda Gerakan

Oleh Md Izwan

Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Gambar fail. Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Gambar fail. 























Pemuda Gerakan mempertahankan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada penduduk Sungai Limau dan menyifatkannya sebagai suatu yang "istimewa" apabila dipertontonkan secara percuma.

Ketua Pemuda Nasionalnya, Tan Keng Liang, yang baru dilantik, berkata pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Multimedia dan Komunikasi yang memilih untuk menayangkannya secara percuma kepada penduduk Sungai Limau.

"Saya rasa ia satu keistimewaan kepada penduduk kerana dapat tonton Tanda Putera secara percuma.


 "Terima kasih kepada kementerian kerana bukan senang hendak dapat tayangan filem percuma, kalau kita ke pawagam pun kena bayar RM10," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.


Semalam, The Malaysian Insider mendedahkan filem kontroversi yang gagal mencapai status pecah panggung tersebut akan ditayangkan secara percuma kepada penduduk Sungai Limau esok dalam usaha Barisan Nasional (BN) merampas kubu kuat PAS itu.

Filem tersebut dijangka ditayang pada jam 8.45 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, yang jaraknya kira-kira 4.7km dari Sungai Limau.

Program tersebut adalah sebahagian daripada jadual yang dimasukkan sempena lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan tiga harinya ke Sungai Limau.

"Bagi Gerakan, ia bukannya satu isu kerana filem tersebut adalah mengenai peristiwa sejarah yang berlaku dalam negara kita.

"Jika pembangkang mahu menuduh filem tersebut adalah perkauman, itu adalah hak mereka," katanya.

Beliau juga menggesa supaya bersikap terbuka, serta tidak menafikan Gerakan juga ada kaitan dalam peristiwa bersejarah negara tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua bagaimanapun, membidas taktik berkempen oleh jenteran BN tersebut yang tidak ikhlas dan menunjukkan sikap bermuka-muka mereka terutama dalam usaha mendapatkan sokongan masyarakat Cina setempat.

"BN menggesa MCA untuk datang dan mendapatkan sokongan pengundi Cina, memberikan wang kepada sekolah, tapi pada masa sama mereka memprovokasi masyarakat Melayu.

"Taktik bermuka-muka ini sudah ketinggalan, oleh sebab itu saya menggesa rakan MCA saya supaya tidak memberikan sokongan membuta tuli kepada Umno dan BN," katanya.

Ahli Parlimen Batu yang turut ke Sungai Limau untuk membantu jentera Pakatan Rakyat (PR) berkata, kempen sedemikian tidak wajar dilakukan kerana ia hanya akan memecahbelahkan lagi masyarakat yang hidup harmoni ketika ini.

"Taktik begitu tidak baik untuk negara, bukan hanya untuk tempoh masa pendek tapi juga untuk mendapatkan sokongan politik.

"Saya harap pilihan raya kali ini, pengundi dapat menggunakan peluang ini untuk mengetahui bahawa Umno tidak ikhlas," katanya.

Tanda Putera adalah filem biografi sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkisar mengenai perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman bersama-sama menyelesaikan rusuhan kaum pada 1969.

Filem kontroversi yang menelan belanja RM4.8 juta hasil daripada geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Perbadanan Pembangunan Multimedia itu gagal mencapai status pecah panggung, malah dipindahkan ke panggung lebih kecil.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang kecewa dengan filem tersebut kerana memaparkan sekumpulan belia Cina kencing di tiang bendera di kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang membayangkan dia adalah orangnya.