KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad bukan pihak terbaik untuk menyelamatkan
Malaysia Airlines Berhad (MAS), malah dibimbangi nasib AirAsia akan
menjadi seperti MAS jika pengambilalihan itu dilakukan.
Sebaliknya, AirAsia dijangka tenggelam lebih pantas berbanding MAS
memandangkan pengambilalihan itu tidak mendapat bantuan kerajaan.
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) berkata,
jangan lupa apa yang berlaku pada tahun 2010 yang mana terdapat
rancangan untuk mengambil alih dan ia mencadangkan AirAsia untuk membeli
beberapa saham di bawah perjanjian pertukaran saham tetapi idea itu
gagal,
Pelan itu gagal kerana ketika MAS telah diuruskan dengan betul dan
ramai berfikir pengambilalihan itu menjadi satu kelebihan buat Airsia
pada masa itu.
Namun selepas pertukaran saham tidak dilakukan, kedudukan MAS kembali goyah.
“Rupa-rupanya beberapa “orang tengah” telah membuat dan kehilangan
wang kerana menjadi broker rundingan bagi merancang perjanjian itu
Tetapi tanpa menyedari kedua-dua jenama itu berbeza dan kakitangan tidak
sama sekali dilatih sama, itulah sebabnya ramai orang di MAS tidak
senang.
“Terdapat banyak cadangan pada masa lalu untuk membolehkan AirAsia
mengambil alih MAS kerana syarikat penerbangan itu telah membuat nama
sendiri. Namun, ia lebih kepada jalan pendek untuk menyelamatkan MAS.
“Tetapi jangan lupa AirAsia hanya World Best pada tahap mereka
sendiri dan mereka hanya bersaing dengan syarikat penerbangan kos rendah
di seluruh dunia,” katanya di sini.
Menurut NUFAM, MAS sepatutnya bersaing dengan Singapore Airlines,
Cathay Pacific, Thai Airways atau Emirate. Bukan AirAsia atau mana-mana
syarikat penerbangan tambang rendah.
“Ini adalah perniagaan penerbangan dunia, bukan bisnes rojak atau
kedai kopi yang mana boleh dibuka dan ditutup ikut suka. Jadi kita semua
perlu berfikiran positif dan datang dengan idea lebih baik daripada
mengambil jalan singkat menyelamatkan MAS.
“AirAsia ada jenamanya sendiri dan model perniagaannya berjaya tetapi ia adalah kisah yang berbeza,” jelas NUFAM.
Kesatuan itu menambah, AirAsia perlu mengekalkan perkhidmatan
penerbangan tambang rendah untuk pelanggan yang tidak mampu terbang
dengan MAS.
Jika AirAsia mengambil alih MAS hari ini, mereka akan mempunyai lebih
banyak liabiliti dan harga tiket mereka tidak lagi akan menjadi kos
rendah.
AirAsia tidak pernah menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh
seperti MAS yang menyediakan segala-galanya secara percuma dari makanan
hingga kepada selimut.
Jenama AirAsia datang dengan tanda harga untuk pelanggan mereka, apa
sahaja yang dituntut oleh penumpang dengan harganya sementara MAS tidak
mengenakan caj kepada penumpang mereka.
“Anda tidak boleh membandingkan Durian King dengan manggis, sama sekali tidak sama,” tambahnya.
Susulan itu, NUFAM berpendapat, Tan Sri Tony Fernandes sepatutnya
diberi peranan sebagai penasihat untuk menyelamatkan MAS tetapi beliau
perlu bebas membuat keputusan untuk mengelak berlaku konflik antara
kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan.
“Itu akan menjadi kedudukan terbaik untuk beliau membantu MAS jika
beliau menolong syarikat penerbangan negara ini atau melihat apa
sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir MAS,” kata NUFAM yang yakin
masalah MAS kerana ada isu-isu tersembunyi.
NUFAM yang menentang cadangan pengambilalihan MAS oleh AirAsia kerana
menyifatkan idea itu tidak akan mengubah keadaan sebaliknya menyebabkan
kedua-duanya menjadi entiti bermasalah pada kemudian hari.
MAS juga diminta menghentikan perbelanjaan mewahnya seperti membeli lebih banyak kapal terbang dan menjadi penaja buat masa ini.
“MAS perlu berjimat dan membuat tindakan terbaik dalam keadaan
genting sekarang. Masalah birokrasi yang berlaku dalam mengendalikan MAS
perlu ditangani.
“Kalau MAS mahu menyuntik wang bagi menyelamatkan MAS, kami cadangkan
pembersihan daripada atas perlu dilakukan. MAS boleh berdiri tanpa
“Little Napoleans” yang berada di belakang tabir.
“Paling penting kerajaan perlu mengenal pasti siapa individu-individu
yang berada di belakang kegagalan MAS,” kata NUFAM.
– MalaysiaGazette