JOHOR BAHRU – Polis negeri ini telah membuka kertas siasatan
berhubung laporan kejadian kekecohan membabitkan sekumpulan pemuda
berpakaian t-shirt hitam pada program rapat umum Armada Johor yang
dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di
Savannah Hill Resort, Ulu Tiram malam tadi.
Ketua Polis, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kertas siasatan itu
dibuka di bawah empat seksyen iaitu Seksyen 153, Seksyen 355, Seksyen
357 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, kumpulan
pemuda itu melakukan dengan sengaja menimbulkan kekecohan dan turut
melaungkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan, berunsurkan
ugutan dan berkelakuan agresif di tempat kejadian.
“Pihak polis telah menubuhkan satu task force khas bagi
menyiasat dan mengenalpasti kesemua suspek yang terlibat dalam insiden
tersebut, polis akan menyiasat secara telus, tegas, berintegriti serta
tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Tambahnya, polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya
berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa sebarang kompromi terhadap
suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Mohd. Kamarudin berkata, menurut laporan diterima pihaknya, kejadian
berlaku di sebuah tapak perkhemahan hutan Savannah Hill Resort di antara
pada pukul 9 hingga 11.30 malam.
Menurutnya, polis menerima laporan menyatakan semasa majis itu sedang
berlangsung, sekumpulan pemuda berpakaian t-shirt hitam dianggarkan
seramai 100 hingga 150 orang telah memasuki kawasan program dan telah
melakukan provokasi dan kekecohan.
“Walau bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan secara
profesional tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,”
katanya. – MalaysiaGazette.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
menyeru semua Ahli Parlimen menyatakan simpati kepada Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman yang diserang samseng semasa menghadiri program rapat umum
Armada Johor.
Hassan berkata, ini bukan kali pertama Menteri Belia dan Sukan itu diserang oleh samseng.
“Saya mohon supaya semua rakan 222 Ahli Parlimen Malaysia
bangun mempertahankan hak setiap Ahli Parlimen seperti Syed Sadiq
menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan
sebagai ahli politik sah yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan
tugas mereka dengan aman dan selamat dari serangan pihak-pihak samseng
dan gangster yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.
Pada program yang diadakan di Ulu Tiram, Johor itu Syed
Saddiq bersama beberapa pemimpin Armada terpaksa melarikan diri dengan
mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup
yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.
Dalam
hantaran di laman Facebooknya, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa,
kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung
tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut
disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir.
Hassan yang mendesak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) supaya menyiasat tindakan menyerang Syed Saddiq berkata, pihak
berkuasa itu tidak boleh berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh.
“Yang bersalah dan bersubahat perlu diambil
tindakan dengan segera,” ujarnya sambil menambah kertas siasatan perlu
segera dibuka dan jenayah serangan bersifat ganster atau samseng ini
mesti disiasat.
Katanya, saksi-saksi perlu dipanggil dan
pendakwaan di mahkamah mesti dilakukan supaya tiada siapa di Malaysia,
yang merupakan negara berasakan hukum dan perlembagaan, boleh dibenarkan
terlepas dari perlaksanaan undang-undang. – MalaysiaGazette
JOHOR BAHRU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tampil membuat laporan polis susulan
insiden kekecohan pada pertemuan parti yang turut membabitkan Ketua
Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram semalam.
Syed
Saddiq berkata, laporan terbabit adalah untuk membantu siasatan pihak
polis, sekali gus memastikan pelaku kekecohan berkenaan menerima hukuman
setimpal.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu turut
percaya bahawa kejadian tersebut turut melibatkan campur tangan pihak
pembangkang yang sengaja datang mengganggu program parti.
“Tindakan mereka sangat ganas dan berbahaya. Mereka melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan menghalau kami semua.
“Kami
telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Kami juga mempunyai
rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan sebagai
bahan bukti dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu
pihak polis menjalankan siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di
laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Syed Saddiq turut
menceritakan detik cemas dialaminya ketika hadir pada perjumpaan
berkenaan selain mendakwa terpaksa melarikan diri menggunakan laluan
belakang untuk keselamatannya.
Katanya,
kumpulan yang dianggarkan seramai 200 individu itu mencetuskan
huru-hara ketika pertemuan berkenaan selain bertindak agresif serta
melemparkan kata-kata kesat kepada pemimpin terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan
Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan
berhubung kejadian terbabit.
Bagaimanapun katanya, sebarang
perkembangan lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan Ketua Polis
Johor, Datuk Kamarudin Md Din menerusi satu siaran media dalam masa
terdekat.
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) membantah sekeras-kerasnya
hasrat pemangku menteri pendidikan Dr Mahathir Mohamad untuk
melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI), kata Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad.
"Keputusan
melaksanakannya semula sangat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan
nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa, terutamanya
pelajar luar bandar.
"Telah terbukti sebelum ini pencapaian dalam
peperiksaan merudum dan banyak pembaziran berlaku apabila perbelanjaan
untuk melaksanakan PPSMI tidak mendatangkan kebaikan.
"PPSMI
telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan
buruk kepada tahap pencapaian para pelajar," katanya dalam suatu
kenyataan hari ini.
Pena
juga mendesak perdana menteri supaya membatalkan hasrat untuk memulakan
semula PPSMI "atau akan berhadapan semula penentangan rakyat."
"Kajian
yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80
peratus di sekolah kebangsaan dan di sekolah menengah sehingga program
ini dibatalkan pada 2010.
"Pena mendesak Dr Mahathir membatalkan
hasrat tersebut atau akan berhadapan semula penentangan rakyat bagi
menolak PPSMI sebelum ini," katanya lagi.
Menurut Saleeh,
persatuan penulis itu akan menentang PPSMI, berkata "sepatutnya Dr
Mahathir menumpukan usaha pemulihan kepercayaan rakyat terhadap
kerajaan, bukannya menambahkan kemarahan rakyat."
"Pena akan
bersama-sama rakyat untuk menentang program PPSMI kerana kami percaya
langkah pelaksanaan PPSMI akan merosakkan sistem pendidikan kebangsaan
dan menghancurkan masa depan anak bangsa.
"Negara mungkin akan menghadapi gelombang huru-hara yang lebih hebat jika PPSMI dilaksanakan juga," tegas presiden Pena.
Dr Mahathir ketika bercakap pada mesyuarat khas di kementeriannya semalam, berkata penguasaan bahasa Inggeris adalah elemen penting dalam pendidikan.
Mahathir memperkenalkan program pengajaran dan pembelajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 semasa
kali pertamanya sebagai perdana menteri.
Namun, dasar itu tidak popular, termasuk di kalangan parti pembangkang ketika itu seperti PKR.Ia
kemudiannya dibatalkan pada 2011. Menurut menteri pendidikan ketika
itu, Muhyiddin Yassin,program berkenaan menyaksikan ramai pelajar di
luar bandar kandas dalam sains dan matematik.
Namun, ini dipertikaikan oleh beberapa pihak, yang mendakwa keputusan berkenaan telah bertambah baik di bawah PPSMI.
Pada
tahun 2016, kerajaan memperkenalkan pula Program Dwi-Bahasa, di mana
sekolah-sekolah tertentu mempunyai pilihan sama ada untuk mengajar sains
dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Bekas timbalan menteri pendidikan, P Kamalanthan memuji
tindakan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengembalikan semula
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kamalanathan berkata ia merupakan satu langkah ke hadapan, bagi memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran untuk berjaya.
Bagaimanapun,
Kamalanathan mengingatkan kerajaan bahawa langkah tersebut sebelum ini
pernah berhadapan halangan sehingga pelaksanaannya dibatalkan.
Kamalanthan
berkata masalah kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam berbahasa
Inggeris juga merupakan masalah utama untuk memastikan subjek tersebut
dapat diajar dengan lebih berkesan.
"Kita
tidak boleh buatkan guru bahasa Inggeris yang mengajar Matematik dan
Sains tetapi guru berkelulusan sains dan matematik yang mengajar dengan
baik dalam bahasa Inggeris," katanya dalam satu kenyataan.
Lantaran itu, Kamalanathan memberi amaran berhubung langkah untuk mempercepatkan dasar tersebut.
"Antara
sebab kenapa dasar itu ditukar ketika kali pertama dilaksanakan perlu
dikaji dengan mendalam dan dasar tersebut hanya boleh dilaksanakan
apabila semua kelemahan serta jurang dapat diatasi," katanya.
Dalam
kenyataan yang sama, beliau juga berkata penglibatan yang komprehensif
dan mendalam perlu dilakukan bersama pihak berkepentingan.
Menurutnya, ini untuk memastikan pihak berkepentingan melihat kepentingan serta kaitan dasar dan melakukan perubahan tersebut.
"Ini juga akan menjadi kunci dalam membuat dasar itu berjaya.
"Langkah-langkah
ini mengambil masa dan kementerian perlu diberikan masa yang bijak
untuk menilai secara komprehensif dan menyeluruh, menganalisis dan
menyelesaikan semua isu supaya dasar itu tidak ditarik semula," katanya.
Malaysiakini sebelum
ini melaporkan Mahathir yang juga pemangku menteri pendidikan berkata
beliau sekali lagi mahu pengajaran sains dan matematik dilaksanakan
dalam bahasa Inggeris.
Bercakap pada mesyuarat khas di
kementeriannya semalam, Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris
adalah elemen penting dalam pendidikan.
Mahathir memperkenalkan
program pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 semasa penggal pertamanya sebagai
perdana menteri.
Namun, dasar itu tidak popular, termasuk di kalangan parti pembangkang ketika itu seperti PKR.PPSMI kemudian dibatalkan pada 2011.
Menurut
menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin, program berkenaan
menyaksikan ramai pelajar di luar bandar terkandas dalam sains dan
matematik.
Bagaimanapun, ini dipertikaikan oleh beberapa pihak, yang mendakwa keputusan berkenaan telah bertambah baik di bawah PPSMI.
Pada
tahun 2016, kerajaan memperkenalkan pula Program Dwi-Bahasa, di mana
sekolah-sekolah tertentu mempunyai pilihan sama ada untuk mengajar sains
dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Babi. Bagi orang Melayu, mendengar perkataan itu saja sudah cukup
untuk membuatkan mereka loya tekak, sedangkan ianya adalah makanan yang
paling popular untuk sebahagian besar penduduk dunia.
Daging babi
yang dihiris nipis-nipis dan digoreng adalah sarapan yang sangat
digemari ramai.
Peminat daging babi goreng bersumpah bahawa ianya adalah
antara hidangan yang tersangat enak dalam dunia.
Suatu masa dulu daging babi menjadi terkenal disebabnya ianya jauh lebih murah berbanding daging lembu.
Lama-kelamaan ia - yakni daging babi itu - menjadi santapan wajib kepada sesetengah orang.
Bagi
orang Melayu, babi ialah binatang yang paling hina teramat hina
daripada segala haiwan yang dijadikan tuhan. Melayu melihat babi sebagai
binatang yang perlu dijauhi seperti menjauhi api neraka.
Bencinya
orang Melayu kepada babi adalah seperti bencinya orang Melayu
kepada..... err, babi! Maaf. Kami tidak dapat mencari perbandingan
selain daripada babi itu sendiri.
Apa yang gagal difahami oleh
sebahagian daripada kita ialah, babi tetap haiwan sama seperti
binatang-binatang lain. Ianya tidak boleh dibunuh sesuka hati walaupun
ia adalah najis besar kepada orang Islam.
Tak pernah zalim
Islam
tidak mengajar penganutnya supaya membunuh setiap babi yang dilihat,
bahkan babi mempunyai hak yang sama seperti haiwan lain.
Islam
melarang umatnya memakan daging haiwan itu. Jika tersentuh haiwan itu
sama ada yang masih hidup atau telah mati maka anggota tubuh yang
bersentuhan tersebut perlulah disertu.
Kerja menyertu itu bukanlah
sesuatu yang membebankan. Ambil air tanah satu bahagian dan dibasuh
lagi dengan enam bahagian air bersih. Maka kembali sucilah tempat yang
terkena najis berkenaan. Bahkan, mereka yang melakukannya diberi pula
ganjaran pahala.
Walaupun diharamkan memakan daging babi,
sekiranya berlaku darurat yang boleh menyebabkan kematian akibat
kebuluran, dan hanya daging babi sahaja yang ada, maka Islam tidak
sekali-kali berlaku zalim.
Muslim yang berada dalam keadaan tersebut dibenarkan untuk memakannya sekadar melepaskan diri daripada kelaparan.
Tapi tak bolehlah kamu berbuat pesta daging babi panggang pula. Mentang-mentanglah dah dibenarkan (pada waktu itu).
Ajaran Kristian juga mengharamkan memakan daging babi, namun ianya telah dibatalkan oleh Paul.
Dalam
memberikan perlambangan kelakuan pengotor, gelojoh, tamak - dan apa-apa
saja tabiat buruk seorang manusia - untuk orang Melayu, babi adalah
suatu contoh yang paling ideal.
Ianya adalah kejian makam tertinggi yang boleh kamu berikan kepada seseorang yang jahat sebegitu.
Sebab cari cacing
Untuk
menyumpah seseorang - apabila kita dalam keadaan teramat marah - maka
kata "babi" adalah kemuncak dalam semua maki hamun. Pada konteks yang
sama, digelar babi adalah hinaan tahap paling rendah dalam semua kata
hina.
Tidak mungkin kemarahan kita itu dapat dirasai sekiranya
kita menyumpah seseorang mengunakan kata "kerengga" sebagai contoh
perbandingan.
Kerana itu juga, kami tidak ada masalah apabila
setiap kali melihat seniman, misalnya, melukis seekor atau sekawanan
babi bagi menyampaikan keresahan hati mereka mengenai kerakusan
politikus.
Itu
adalah perlambangan paling sesuai untuk kumpulan manusia yang tamak,
gelojoh dan menyondol apa saja yang lalu di depan matanya untuk
mendapatkan kenyang.
Bagi babi, memang haiwan itu tidak pernah
berfikir bahawa tindakan menyondol untuk mencari cacing di tanah atau
pangkal tanaman petani akan menyebabkan kerugian kepada manusia.
Kami
juga tidak menganggap melukis babi - jika kena pada tempatnya - sebagai
masalah. Cuma apabila terlalu ramai artis sibuk melukis babi, ianya
menyebabkan bosan.
Mentang-mentanglah boleh jual, semua sibuk melukis babi.
Kebencian kepada babi membuatkan ramai orang lupa betapa pemalunya haiwan tersebut.
Walau
gelojoh, walau tamak dan walau menyondol segala-galanya, babi melakukan
sondolan dalam gelap malam, manakala rakan senamanya - yang berkaki dua
- membantai apa saja yang lalu di depan mata, tak kira siang atau
malam.
Babi betul.
Artikel ini dihiasi oleh foto pameran At The End Of The Day Even Art Is Not Important oleh seniman pelbagai kepandaian, Ahmad Fuad Osman.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan
pendaftaran pelajar dari bandar Wuhan di wilayah Hubei China di semua
institusi pendidikan Malaysia sedang digantung buat sementara waktu
kerana wabak koronavirus.
"Untuk makluman, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara
pendaftaran pelajar dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di semua
institusi pendidikan di Malaysia ke satu tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.
"Pelajar-pelajar dari wilayah lain di negara China
dibenarkan mendaftar untuk belajar di Malaysia dengan pemantauan rapi
oleh institusi pendidikan yang terlibat," kata Dzulkefly pada sidang
media di Putrajaya.
Ditanya jika kerajaan China telah
membuat permintaan untuk menghantar warganya yang dijangkiti virus itu
kembali ke negara, beliau berkata beliau tidak mempunyai maklumat
tentang perkara itu lagi.
Bagaimanapun, kata Dzulkefly beliau diberitahu Malaysia masih dalam proses membawa pulang rakyatnya dari Wuhan.
Buat
masa ini, kerajaan Sabah melarang semua penerbangan dari China, yang
mendorong Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian menggesa supaya
larangan itu dipertimbangkan semula.
Malaysia juga telah
menggantung semua kemudahan imigresen untuk warga China yang berasal
dari Wuhan dan wilayah Hubei, sebagai sebahagian daripada langkah
kerajaan untuk membendung penularan jangkitan coronavirus.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak koronavirus
yang telah meragut 213 nyawa di China sebagai darurat global, kerana kes
telah pun merebak ke sekurang-kurangnya 18 negara.
Meskipun pentadbiran Donald Trump menegaskan risiko rakyat
AS dijangkiti wabak koronavirus adalah rendah, namun Rumah Putih
mengisytiharkan darurat kesihatan di negara itu hari ini selain
mengambil langkah drastik menyekat kemasukan semua warga asing yang
berkunjung ke China.
Mulai esok juga, warga AS yang pernah ke
Hubei, China sepanjang tempoh dua minggu yang lalu diwajibkan
dikuarantin selama 14 hari.
Hubei ialah pusat epidemik wabak yang kini dikesan di banyak negara di luar China.
Langkah
diambil Washington itu diumumkan Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan
Manusia AS, Alex Azar, dalam taklimatnya di Rumah Putih.
Ia
dibuat sejurus sebelum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan
pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan kes ketujuh wabak tersebut
di AS yang direkodkan di California Utara.
Pesakit terbaru itu
dikenal pasti seorang lelaki di Santa Clara County, selatan San
Francisco, yang sakit selepas ke China dan dikuarantin di rumahnya.
Memetik kenyataan pengarah kesihatan awam untuk daerah itu, Sara Cody, Reuters
melaporkan CDC sedang menyiasat untuk mengesan jika pesakit tersebut
dijangkiti sewaktu dalam penerbangan pulang ke San Francisco.
Sukarela dikuarantin
Azar
juga berkata selain melarang kemasukan pelancong asing yang berkunjung
ke China dan mewajibkan kuarantin, semua penerbangan komersial dari
China akan dihadkan hanya kepada tujuh lapangan terbang di AS.
“Tindakan
yang kami ambil akan berterusan bagi mengukuhkan tindakan dilakukan
China dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk membendung wabak itu,”
kata Azar.
Pengarah CDC, Robert Redfield, pula memberitahu media
bahawa kerajaaan bertindak sedemikian setelah WHO mengistyiharkan
darurat global semalam.
“Saya ingin menekankan bahawa ini adalah
situasi kesihatan yang serius di China namun risiko penyakit ini kepada
orang awam di AS adalah rendah setakat ini,” katanya.
Redfield
menambah matlamat pihak berkuasa mengambil langkah drastik itu adalah
untuk menangani wabak tersebut dengan apa saja cara yang ada.
Hampir
200 rakyat Amerika dibawa pulang dari China sejak awal minggu ini dan
mereka secara sukarela ditempatkan dalam pusat pengasingan sememtara di
pangkalan tentera di California untuk proses saringan kesihatan selama
72 jam.
Mereka kemudian akan dikuarantinkan selama 14 hari mulai hari ini.
Tindakan
CDC mengenakan kuarantin di California - yang pertama dikuatkuasakan
oleh agensi itu dalam tempoh 50 tahun - hadir sehari selepas Jabatan
Negara mengeluarkan amaran keras terhadap sebarang kunjungan ke China
akibat wabak koronavirus yang kini membunuh lebih daripada 200 nyawa
manusia.
Setakat ini tiada kes kematian berkaitan koronavirus
direkodkan di AS dan hampir semua kes positif yang dikesan, mendapat
jangkitan semasa berkunjung ke China.
Seniwati terkenal, Ogy Ahmad Daud, mengaku sikap Dr Mohd
Asri Zainul Abidin menyebarkan ilmu Islam tanpa mudah menjatuhkan hukum
membuatnya tertarik untuk ‘melamar’ Mufti Perlis berkenaan bagi
menjayakan pementasan terbaru.
Ogy yang juga pengarah urusan Ogy
Ventures & Network Sdn Bhd berkata cara Mohd Asri sangat menarik
perhatiannya, terutama apabila tokoh terbabit tidak cepat menilai
seseorang.
“Cara beliau menyampaikan mesej sewaktu berceramah
menampakkan Islam itu sebagai agama indah, justeru saya berterima kasih
kepada beliau kerana mendidik orang ramai untuk melihat Islam itu
sebagai agama yang cantik,” katanya.
Untuk rekod, Ogy berminat
membawa Mohd Asri ke dalam arena seni selepas pertemuan pertama mereka
di sebuah lapangan terbang kira-kira tiga tahun lalu.
Ogy
kemudian mula memberanikan diri menghantar surat pelawaan pada Mohd
Asri pada November 2019 sebelum 'lamaran' tersebut dipersetujui Mohd
Asri kira-kira dua minggu lalu.
Selain itu, kata Ogy, sifat humor
yang ada pada Mohd Asri - dan mungkin tidak disedari ramai - dilihat
bersesuaian untuk pementasan berkenaan dan membolehkan beliau mengangkat
tema komedi seram yang dirancang.
“Apabila beliau hadir sebagai juri dalam program PU (Pencetus Ummah) dan melontarkan kritik, saya nampak sisi lain pada beliau.
"Beliau mempunyai sense of humour (naluri humor), dan bukan seorang asbol (asal boleh),” katanya berseloroh.
Kena ada wibawa
Pelakon dan penyanyi memiliki nama sebenar Fauziah Ahmad Daud itu ditemui pada majlis pengumuman teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Naskhah
mendapat arahan Khir Rahman itu akan dipentaskan selama tiga hari
bermula 28 Februari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Selain
Mohd Asri, barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan tersebut
ialah Vicha, Tauke, Abam Bocey, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat,
Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.
Ditanya
sama ada Ogy, 57, mempunyai pelan B jika Mohd Asri menolak pelawaannya
dulu, dia berkata, 'sasaran' kedua ialah seorang lagi mufti, iaitu Dr
Zulkifli Mohamad.
Zulkifli ialah mufti Wilayah Persekutuan.
“Kemungkinan besar, saya akan cuba untuk mendapatkan mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.
Mengulas lanjut, menurut Ogy, untuk menjayakan pementasan Korupsi Dewan Semandung, ia memerlukan seorang tokoh agama yang mempunyai aura tersendiri semasa menyampaikan kata-kata.
“Bukan tak boleh pilih mana-mana peserta PU atau Dai
(rancangan realiti di TV), tapi kena ada kewibawaan untuk pegang
panggung. Bukan mudah untuk berikan (pedoman) pada anak muda yang belum
ranum,” katanya.
Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan Mohd Asri sebagai berkata, bukan menjadi masalah untuk beliau menjayakan Korupsi Dewan Semandung
apabila hanya dikehendaki muncul sebagai dirinya sendiri - sama seperti
ketika menjalankan tugas hariannya sebagai seorang mufti - bukannya
membawa watak lain.
Bahkan menurut Mohd Asri lagi, antara perkara menarik minatnya untuk menyertai pementasan tersebut adalah disebabkan tajuk yang dibawa mengandungi perkataan “korupsi.”
Menjelaskan perkara tersebut, Ogy berkata, pendekatan korupsi yang dimaksudkan sebenarnya mempunyai tafsiran yang lebih meluas.
“Jangan
mengehadkan terminologi korupsi pada aliran satu itu saja. Boleh jadi
korupsi akidah, fikiran daripada perkara kecil hingga terjadi kemurungan
atau korupsi media sosial.
“Kami gunakan pendekatan komedi tapi
mempunyai pengisian kuat. Kena faham ya, walaupun guna pelawak, tidak
bermakna mereka hanya buat sketsa,” katanya.
Tabung Haji jual 6,000 hektar ladang sawit, SIME Darby jual 220,000
hektar ladang sawit di Liberia, dan FGV juga dikatakan akan dijual
kepada pihak ketiga.
Terbaru Petronas jual beberapa saham dalam Petronas Dagangan, Petronas Gas, dan MISC Bhd.
Petronas
boleh beri RM50 billion ke RM80 billion dividen kepada krjaan PH dan
mcm2 cukai. Kalau Syarikat boleh beri RM50 billion setiap tahun kenapa
jual untuk dapat hanya RM6 billion?
Ini strategi DAP dan Melayu
tamak haloba dalam PH yang bersekongkol untuk kurangkan keupayaan
kewangan kerajaan untuk bantu rakyat miskin dan kurang upaya.
Makin
lama dibiarkan DAP terus berkuasa akan menyebabkan Syarikat yang
membabitkan orang Melayu Islam akan musnah begitu sahaja sedangkan mahu
membina semua tu mengambil masa bertahun…
Orang Melayu perlu
bersatu hati dan menolak sepenuhnya kerejaan Regim DAP yang hanya
menggunakan bangkai2 Melayu dalam PH untuk meneruskan Agenda Jahat
mereka