HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Mac 2021

Penyatuan ummah: Bersatu jangan hipokrit – Puad

Wartawan MalaysiaGazette
Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zakarshi membidas kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN) hanya menguntungkan DAP, PKR apabila undi Melayu berpecah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mempersoalkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan sama ada Bersatu memikirkan siapa untung, siapa rugi semasa menubuhkan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama DAP dan PRK bagi menumbangkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurutnya, Bersatu patut berasa malu untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana dalam tempoh singkat parti itu sudah melahirkan dua parti serpihan iaitu Pejuang dan Muda.

Tambah beliau lagi, buat apa UMNO untuk terus bersama PN jika hanya ikut telunjuk.

Lantaran itu, katanya, Bersatu jangan hipokrit bercakap isu penyatuan ummah jika isu kalimah Allah pun tidak dapat diuruskan.

Mohd Puad turut membangkitkan adakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika PPBM menjadi peneraju dalam PN.

”Bersatu sudah diberi peluang. Dengan tujuh MP, Bersatu adalah bos dalam PN.

”Tetapi apabila Bersatu mengwujudkan “kluster katak” dalam PPBM untuk membanyakkan jumlah ahli parlimennya melalui tawar menawar, pujukan, ugutan dan jawatan adakah itu baik untuk penyatuan ummah?” soalnya.

Menurut Puad,  taktik mengajak ahli-Ahli Parlimen lompat parti sehingga parti lain berpecah adalah tikam belakang yang tidak jujur untuk penyatuan ummah.

“Kalau Bersatu hendak bertanding 222 kerusi, bertandinglah. UMNO tidak setamak itu. UMNO hanya menuntut 16 kerusi lompat,” tambahnya.

Justeru, kata beliau, Bersatu sepatutnya malu kerana mengutip ahli Parlimen ‘rentas parti’ kerana ia tidak bermaruah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:Bersatu tak pernah bermuslihat dengan parti lain – Wan Saiful

Letak jawatan menteri dulu baru adakan pemilihan parti – Asyraf

Mohd Zaini Samsu Hadi
MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI51
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Forum Demokrasi Malaysia di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Semua menteri dan timbalan menteri daripada UMNO wajar melepaskan jawatan dalam Kabinet terlebih dahulu sebelum mengadakan pemilihan parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu perlu bagi mengelak UMNO berterusan menjadi bahan tohmahan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita serah kepada Majlis Tertinggilah untuk bincang perkara ini. Tapi, eloklah kalau kita nak percepatkan saya rasa cara yang terbaik adalah semua menteri-menteri Kabinet dan timbalan menteri dapat undurkan diri.

“Kalau boleh pertandingan tanpa apa-apa jawatan tanpa kita takut ada orang mainkan isu ataupun fitnah menggunakan jentera kerajaan menggunakan kedudukan untuk pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas Forum Demokrasi di Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini yang mahu langkah untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO adalah dengan menyegerakan pemilihan parti.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Instastorynya menggesa agar pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas pilihan raya umum (PRU).

Katanya, UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

Bagaimanapun, Asyraf berkata, UMNO belum membuat apa-apa keputusan lagi berhubung pemilihan.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO beliau bersetuju agar semua menteri-menteri dan timbalan menteri mengundukan diri daripada kerajaan Perikatan Nasional terlebih dahulu sebelum mahu pemilihan parti diadakan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:Segerakan pemilihan parti – Khairy Jamaluddin

Pas utama perpaduan ummah bukan ‘main dua kolam’ – Mohd Tarmizi

MG-PAHANG-300321_02
Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya.

KUANTAN – Pas Pahang menafikan dakwaan pihaknya ‘main dua kolam’ apabila menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dan dalam masa yang sama berada dalam Perikatan Nasional  (PN).

Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, matlamat parti fokus untuk penyatuan ummah dan bukan semata-mata berpegang kepada penyatuan parti politik bagi menjamin kestabilan negara.

Tambahnya, Pas mengingatkan supaya orang Melayu tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum ke-14  dan mengutamakan kepentingan orang Islam terlebih dahulu sebelum kepentingan parti.

Tarmizi berharap Pas, Bersatu dan UMNO terus bersama-sama berpegang pada prinsip penyatuan ummah bagi mengelak parti-parti Melayu menjadi lemah

“Jangan semata-semata kita melihat kepada kekuatan parti kita sendiri yang akhirnya  tidak memberi kemenangan kepada bangsa Melayu.

“Jadi kita kena melihat kepentingan Islam dan ummah Melayu dulu, sebelum memikirkan kepentingan parti.

“Kalau Pas hanya mementingkan parti, Pas berpakat dengan parti yang menang sahaja tetapi apa yang berlaku pada hari ini, kita berpakat dengan UMNO selepas mereka kalah, maknanya kita berpakat bukan kerana kuasa.

“Perkara sama juga dengan Bersatu. Jadi, sebab itu kita ajak semua pemimpin parti Melayu bersama untuk masa depan ummah serta dapat membentuk kerajaan yang solid dengan majoriti besar,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Panching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ziarah ibu berpantang dan menyerahkan tajaan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada bayi baru lahir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching hari ini.

Justeru berlandaskan prinsip penyatuan ummah, Pas mengajak UMNO dan Bersatu duduk satu meja dan berbincang agar PRU-15 kelak mereka tidak bertelagah sekali gus merugikan parti Melayu sendiri kelak.

“Bukan pentingkan Bersatu, bukan pentingkan UMNO yang penting kuasa solid itu Islam dan tidak cenderung mana-mana bukan Islam yang ekstrem.

“Jangan ulang kesilapan lalu, kita masing-masing kena terbuka menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada parti  lawan.” – MalaysiaGazette

Malaysia satu-satunya negara gantung sidang Parlimen kerana Covid-19 – Najib

MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI74
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Forum Demokrasi Malaysia di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggantung persidangan Parlimen dengan memberi alasan penularan Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan alasan yang teruk dan tidak masuk akal.

“Kerajaan kini (Perikatan Nasional) telah memberikan alasan kononnya ramai wakil rakyat yang terlalu tua sehingga terpaksa menggantung sidang Parlimen berjalan seperti sedia kala.

“Alasan ini diberikan walaupun Yang DiPertuan Agong (YDPA) telah bertitah supaya sidang Parlimen diteruskan ketika darurat melawan Covid-19,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan penutup pada Forum Demokrasi Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) yang bertemakan ‘Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’ di sini, hari ini.

Tambah beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggesa untuk membubarkan Parlimen dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

“Namun ia ditolak sehingga memaksa kita untuk menyokong kerajaan kini untuk setahun dengan syarat apabila tiba masanya perlu segera mengadakan pilihan raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Najib, kerajaan telah gagal menepati janji dan kini negara pula yang berada dalam darurat. -MalaysiaGazette

'UMNO harus fikir kepentingan rakyat'

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan meletak jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan.

"Adakah tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk UMNO tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan," katanya.

Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia: 'Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia' di sini hari ini, Shahril berkata, tiada tempoh tertentu diberi kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan.

"Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat.

"Tapi hak atau pun keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh. Boleh jadi Ogos boleh jadi bukan Ogos," katanya.

Susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet PN atau menyandang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada parti itu disaran meletak jawatan.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri UMNO daripada Kabinet kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.

"Mereka hanya meletak jawatan disandang, bukan sebagai ahli Dewan.

"Tetapi ia berkaitan. Sekiranya peletakan jawatan itu juga menunjukkan mereka menarik balik sokongan atau kepercayaan kepada kerajaan, maka ini akan memberikan kesan besar kepada komposisi kedudukan kerajaan itu sendiri," katanya kepada pemberita pada forum itu.

Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata setiap parti politik harus kembali kepada tujuan perjuangan mereka.

"Sama ada PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PKR atau UMNO sekali pun, rujuklah kepada apa yang telah mereka janjikan kepada penubuhan parti politik itu sendiri.

"Saya fikir itu tindakan yang baik untuk menyatupadukan parti politik ini bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu tetapi demi kepentingan kestabilan politik tanah air," katanya.

Justeru, beliau berkata, semua parti perlu mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada situasi negatif kepada negara termasuk pelaburan asing dan kedudukan ekonomi rakyat. - BERNAMA

Selasa, 30 Mac 2021

Undi18 dan negara OIC

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
 

LICIK betul ultra kiasu membuat perbandingan. Sedap betul bapa ultra kiasu membidas Presiden PAS, katanya, Presiden PAS jahil kerana tidak mengendahkan hakikat bahawa pengundian pada usia 18 semakin menjadi norma di dunia, terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Organisasi Negara-negara Islam (OIC).

Bapa ultra kiasu merujuk Undi18 kepada negara OIC seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya dan Palestin sebagai negara yang mempunyai peraturan tersebut. Kenapa hanya bandingkan bab Undi18 sahaja, kenapa tidak bandingkan sistem perundangannya bersekali. 

Bila tiba bab yang menyebelahi mereka, dia banding. Ultra kiasu ini hanya banding satu aspek sahaja iaitu Undi18, perkara yang menyebelahi dia. Kenapa tak ikut yang lain? Nampak tak bagaimana liciknya ultra kiasu?

Satu lagi pertanyaan saya, kenapa bandingkan dengan negara-negara Islam dan negara-negara yang bersifat Homogenous. Bandinglah dengan negara-negara berbilang kaum di dunia ini seperti kerencaman kaum di Malaysia.

Negara-negara sebangsa ini (Homogenouspi mai, pi mai tang tu juga. Masalahnya negara berbilang kaum yang mempunyai sejarah penghijrahan, kedatangan bangsa luar. Tak banyak negara seperti Malaysia di dunia ini bukan? Kebanyakan negara di dunia ini bersifat sebangsa. Jika ada pun bangsa lain, semua telah diasimilasikan.

Bila kita cadangkan Malaysia mengamalkan asimilasi. Bukan main lagi dia menentang. Atas alasan, kita mengamalkan integrasi, bukan asimilasi. Mati-mati ultra kiasu pertahankan integrasi, menolak secara total asimilasi.

Sedangkan majoriti negara dunia lain memaksakan asimilasi ke atas bangsa yang mendatang. Kenapa kita tidak ikut Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan negara-negara lain di dunia dalam mengasimilasikan pendatang-pendatang.

Bila perkara menyebelahi ultra kiasu, dia akan cari seribu macam alasan untuk menjustifikasikannya. Bila tidak menyebelahi dia, ultra kiasu tidak pandang langsung negara-negara Islam OIC. Wahai rakyat Malaysia, bukalah mata, bukalah minta. Ultra kiasu ini sangat bahaya dalam mencari peluang politik di negara kita.

Ultra kiasu ini mahu berkuasa kembali setelah cukup bersedia dengan pengikut-pengikut yang berusia 18 tahun untuk mengundi. Percayalah! Sekiranya Undi18 dilaksanakan dalam PRU15, pasti ultra kiasu akan memenangi lebih banyak kerusi kerana anak-anak mereka telah ‘ditarbiyyah’ dengan baik untuk terlibat secara langsung dalam politik terutama mengundi. Sedangkan anak-anak kita masih sibuk dengan dadah, Tik Tok, ekzos bising dan sebagainya. – HARAKAHDAILY

Undi18: Apakah Umno akan menelan umpan DAP?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
 

TIDAK ramai yang tahu betapa Lim Kit Siang dengan bangganya menyebut beliau adalah Ahli Parlimen pertama yang menyuarakan di Parlimen, iaitu pada tahun 1971, usul supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun dan supaya pengundi didaftarkan secara automatik.

Dalam PRU14, kedua-dua perkara ini telah berjaya dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai Janji 17 yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran automatik’.

Pada 16 Julai 2019, Rang Undang-undang bernama Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengandungi kedua-dua perkara ini, selain penurunan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun, telah dibentangkan dan diluluskan dengan undian 211 Ahli Parlimen.

Kini, setelah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, mengumumkan bahawa jangkaan pelaksanaannya berubah kepada ‘selepas 1 September 2022’ ekoran pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR, DAP segera terloncat.

Pemimpin DAP pertama yang terloncat adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, sendiri yang mencabar Menteri-menteri Kabinet dari Umno meletakkan jawatan ekoran penangguhan Undi18 ini melalui tweetnyapada 26 Mac 2021 yang berbunyi: 

‘Geli betul tengok percubaan orang Umno nak Taichi isu Undi18 ini pada Menteri PAS sahaja. Umno dalam Kabinet ini apa? Tunggul kayu ke? Tak setuju Undi18 tangguh, resign la. Ini soal fundamental.’

Setelah cabaran ini tidak bersahut, DAP menggunakan pula pendekatan lain melalui gesaan Naib Pengerusinya, Teresa Kok, supaya Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul tergempar bagi memaksa Kerajaan Perikatan Nasional menarik balik penangguhan ini.

Desak Teresa Kok, pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno mesti memaksa penarikan balik penangguhan ini dengan memastikan usul tergempar itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung Umno bagi menunjukkan kekuatannya dalam kerajaan.

Tulis Teresa Kok: ‘I now urge Umno to ensure they pass the emergency motion on the delay in allowing the 18-year-olds to vote in the GE, at the Umno General Assembly this weekend. This will send a clear message that Umno means business. Umno leaders and Cabinet ministers must mandate and force a reversal at the General Assembly by getting this motion adopted. Indeed, it will serve as a seminal test for Umno on its level of influence, in the policy and decision making in the PN coalition government.’

Kita lihat sahaja apakah pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno akan menelan umpan yang dipasang oleh pemimpin-pemimpin DAP ini sekali gus menjadikan mereka sebagai burung kakak tua yang hanya menyuarakan kembali suara orang lain?

Pautan yang berkenaan: https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/posts/293917678769617

  – HARAKAHDAILY

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT

Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M

Abd Hadi Che Awang
Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Dr Mahathir (tiga dari kiri) mengadakan sesi 'walkabout' di Pantai Chenang, 
Langkawi pada Selasa. -Astro AWANI
 
LANGKAWI: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lemah di mana hanya memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat menjadi punca kepada pelaksanaan Proklamasi Darurat hingga Ogos depan.
 
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan kerajaan PN untuk melaksanaan darurat adalah demi menyelamatkan kedudukan mereka.
 
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.
 
Tambahnya, tindakan kerajaan dalam menggantung Parlimen juga menjadikan keabsahan kerajaan PN tidak dapat ditentukan dan terus kekal berkuasa hingga tamat tempoh darurat.
 
"Sebenarnya darurat ini kalau mereka (kerajaan PN) kata kerana politik saya setuju, kerana politik memang susah (nak dijangka) sekarang.
 
"Tetapi nak kata kerana COVID-19, ini tidak betul sebab COVID-19 ini orang Malaysia cukup taat kepada kerajaan.
 
"Suruh dia 'lockdown' dia buat, suruh jangan seberang (rentas) sempadan (negeri), dia ikut, mereka sangat patuh.
 
"Jadi dengan undang-undang yang sudah ada, kita boleh tangani masalah COVID-19, tetapi (PN) sengaja hendak kata kerana COVID-19 perlu adakan darurat.
 
"(Darurat dilaksanakan) bukan kerana COVID-19, (tetapi) kerana kerajaan (yang lemah), dia ada kelebihan cuma dua undi, sebab itu dia minta diadakan darurat.
 
"Kita tidak boleh hendak tentukan sama ada dia masih kerajaan ataupun tidak. Jadi bila ada darurat, dia tidak boleh disentuh di Parlimen," kata Dr Mahathir.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan sesi 'walkabout' di Pantai Chenang, Langkawi pada Selasa.
 
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah lari daripada usaha membuka sidang Parlimen, sebaliknya persidangan akan berjalan semula sebaik sahaja darurat ditamatkan.
 
Beliau turut mengakui bahawa Parlimen juga merupakan satu elemen penting dalam proses demokrasi sesebuah negara.
 
Namun ketika ini, terdapat pilihan lain dalam membuat ketetapan dari segi undang-undang iaitu melalui Ordinan Darurat yang telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Perikatan Nasional Pahang dilancar

HARAKAH DAILY
Datuk Saifuddin Abdullah

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi.

Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, mesyuarat penubuhan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra malam tadi, juga bersetuju melantik tiga naib pengerusi masing-masing daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

“Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar, Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di Masjid Balok Makmur di sini hari ini.

Lantikan lain ialah Setiausaha Bersatu Pahang, Mohd Arhan Mohd Saludin sebagai Setiausaha PN Pahang, dibantu oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Hassanuddin Salim sebagai penolong setiausaha, manakala Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang, Zakaria Abdul Hamid selaku setiausaha pengurusan.

Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya, dilantik sebagai Ketua Penerangan PN Pahang dibantu dua naib ketua iaitu Ketua Bersatu Bahagian Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah dan Bendahari Gerakan negeri, Chan Chee How.

Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Nor pula menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita PN Pahang, manakala naib ketua ialah Faizah Baharom (Bersatu) dan Cheong Lai Chee (Gerakan).

Ketua Pemuda PN Pahang pula ialah Nurul Qamar Abdul Latib (Bersatu) dengan dua naib iaitu ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (PAS) dan Goh Tee Loong (Gerakan).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, mesyuarat penubuhan PN juga bersetuju melantik dua wakil daripada setiap parti sebagai ahli jawatankuasa dengan Bersatu diwakili Ketua Bahagian Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Mohamed Ali dan Pemangku Ketua Bahagian Lipis, Datuk Mohamad Shahrum Osman.

PAS pula diwakili oleh ADUN Beserah, Andansura Rabu dan Md Jusoh Darus manakala Datuk B.Sri Chandra dan Yee Liu Wei mewakili Gerakan selaku AJK PN Pahang.   BERNAMA