HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Oktober 2013

Logo 1Malaysia Tidak Sepatutnya Ada Di Pembungkus Gula Pasir!


KELAB GREENBOC


Dahulu para pengeluar telah diugut oleh kerajaan UMNO-BN supaya meletakkan logo 1Malaysia di pembungkus barangan mereka. Jika pengilang gagal berbuat demikian kerajaan akan menghentikan subsidi kepada mereka...(rujuk laporan di bawah)



Malah kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara.

Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "gula pasir ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".


Kini, tiada lagi satu sen pun subsidi ke atas gula pasir. Adalah wajar untuk para pengeluar memadam/membuang tanda logo 1Malaysia tersebut dari pembungkus gula pasir.

Perintah tetap IGP hanya untuk polis, kata menteri

 

 
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas bahawa Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), yang antara lainnya menggariskan tindakan apabila berdepan dengan penjenayah, tidak akan didedahkan kepada umum.

Ahmad Zahid berkata pasukan polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mendedahkan keseluruhan maklumat tersebut, seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Bagaimanapun, PDRM akan tetap mendedahkan perintah tetap yang berkait langsung dengan orang awam, katanya lagi dalam satu jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang).

Oleh yang demikian perintah tetap tersebut tidak akan djadikan perundangan kecil bawah Akta Polis 1967, kata Ahmad Zahid yang menambah, perintah berkenaan hanya boleh diakses oleh pasukan polis melalui sistem dalaman dipanggil “e-SIAR”.

“Ianya adalah untuk kegunaan anggota PDRM sahaja. PDRM akan mendedahkan PTKPN yang ada hubung kait langsung dengan orang awam.

"PTKPN dan semua arahan lain kini boleh diakses oleh semua pegawai polis melalui sistem dalaman yang telah dibangunkan menggunakan intranet (Sistem e-SIAR)," katanya.

Selain itu, PDRM juga tidak dapat melaksanakan tujuh lagi cadangan suruhanjaya tersebut, yang menurutnya menyentuh aspek kerahsiaan dan keselamatan negara.

Cadangan yang tidak dilaksanakan itu juga melibatkan kos dan peruntukan kewangan yang terlalu tinggi dan melibatkan pertindihan akta dan peranturan yang sedia ada, kata Ahmad Zahid.

Baki sebanyak 90 cadangan telah dilaksanakan manakala 26 cadangan lagi sedang dilaksana, manakala satu cadangan lagi sedang dipertimbangkan, katanya.

Cadangan kepada PDRM itu dikemukakan suruhanjaya tersebut pada tahun 2005.

Liew ketika mengulas jawapan tersebut berkata, PDRM memberi alasan tidak munasabah kerana mengaitkan kemahiran rahsia (tradecraft) pasukan tersebut sebagai alasan untuk tidak mendedahkan perintah tetap tersebut.

"Seperti apa yang disyorkan oleh laporan suruhanjaya, PDRM sepatutnya meletakkan diri sendiri sebagai 'perkhidmatan polis' dan bukannya 'pasukan polis'.

"PDRM mesti lebih responsif terhadap pandangan rakyat, bukan lagi beraksi sebagai satu pertubuhan para-military," katanya.

Beliau turut menyarankan agar menteri berkenaan mengemukakan kertas putih kepada parlimen berhubung 125 cadangan suruhanjaya tersebut.

GST: Muhyiddin dicabar berdebat di Sg Limau

Muhammad Faizal,




JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Sungai Limau bagi berdebat isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jelas beliau, Muhyiddin perlu berani untuk berdepan dengan PAS bagi mengetahui sama ada parti itu mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam berbicara soal GST.

"Saya mencabar Muhyiddin untuk turun ke Sungai Limau dan berdepan dengan kita (PAS) untuk berdebat dalam isu GST.

"Saya hendak beliau sendiri mengetahui sama ada PAS mempunyai pakar ekonomi atau tidak dalam bercakap soal ini.

"Jika beliau berani sila tampil dan kita bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengannya," jelasnya ketika ditemui di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Muhyiddin pada Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Kompleks Pertubuhan Peladang, Bukit Besar, Yan Sabtu lepas memberitahu PAS tidak mempunyai pakar ekonomi untuk menjelaskan soal GST yang baginya dilihat sebagai mengukuh ekonomi negara.

Peluang pelajar IPT jadi ‘wakil rakyat’

Selangorku,
 

SHAH ALAM: Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berpeluang merasai prosiding sebenar di Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) sebagai ‘wakil rakyat’ melalui Program Adun Muda Selangor 2013, pada 16 hingga 18 Disember ini.

Program yang pertama kali dianjurkan itu adalah satu insiatif kerajaan negeri bagi mendidik golongan muda berkenaan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta memberi pendedahan kepada dunia politik di peringkat awal.

Speaker Dun, Hannah Yeoh, berkata objektif program itu adalah memupuk sifat kepimpinan dan saling bekerjasama di kalangan peserta serta melahirkan bakal pemimpin yang berkaliber serta bertanggungjawab.

“Program Adun Muda Selangor dianjurkan Pejabat Speaker dan Pejabat Dun khas untuk pelajar IPT sekitar Selangor untuk memberi peluang kepada mereka merasai prosiding sebenar sidang dewan,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dun, Nik Nazmi Nik Ahmad; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin; Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, program itu dibuka kepada pelajar berumur 18 hingga 24 tahun daripada IPT awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan mahasiswa.

“Pada tahun ini, hanya 30 pelajar yang akan dipilih untuk menyertai program ini. Jika sambutan yang diterima menggalakkan, kita merancang untuk melakukan program ini sebanyak dua kali, tahun depan,” katanya.

Katanya, peserta akan diberi peluang menyuarakan pendapat dan bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan polisi, khususnya yang memberi impak kepada golongan muda, selain turut diberi kesempatan mencadangkan usul bagi memperkenalkan undang-undang baru di Selangor.

“Peserta akan memainkan peranan sebagai Adun pada sidang dewan itu dan akan Speaker dan saya Timbalan Speaker. Program itu turut mendapat perhatian Exco kerajaan negeri yang dijangka akan mengambil tempat di dalam persidangan itu.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menyertai program itu boleh membuat permohonan atas talian di laman sesawang www.adunmudaselangor.com, sebelum 8 November ini.

Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan

Roketkini   
 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014.

PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden

Harakahdaily,

 

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti  budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan  GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan  gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menjelaskan peri pentingnya pemimpin negara bersikap adil dalam proses mengenakan cukai kepada rakyat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang menolak permintaan seorang gabenor untuk menaikkan cukai bagi menampung kewangan negara.

"Lalu dia (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjawab (surat gabenor tersebut),  'kamu berlaku adil atau kamu akan dipecat'," ujarnya.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, cukai boleh dikenakan kepada rakyat tetapi ia mestilah dilaksanakan secara adil seperti zakat yang dikenakan pada golongan kaya dan tidak kepada yang miskin manakala cukai kharaj dikenakan kepada rakyat bukan Islam.

"Zakat tidak boleh dihapuskan tapi cukai (untuk rakyat) bukan Islam (kharaj) boleh dihapuskan apabila kewangan negara mencukupi. Inilah konsep yang adil," jelasnya.

Bil RM2.2j kediaman PM untuk seluruh kompleks

 

 

Bil elektrik RM2.2 juta di Seri Perdana bukan hanya kediaman sahaja tetapi meliputi keseluruhan kompleks, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Ia meliputi dewan pelbagai guna dan kuarters kakitangan, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

"Disebut dengan terang, ia adalah kompleks perdana menteri. Ahli-ahli parlimen yang tidak faham antara kediaman dengan kompleks, ini meresahkan pemikiran rakyat.

"Rakyat mesti kena faham antara kompleks dan residen. Ia melibatkan dewan serba guna, kuarters kakitangan (dan) yang melibat seminar di kompleks itu," katanya.

NONEMenurutnya lagi, tiada beza antara kadar elektrik bilik tidur Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berbanding pasangan biasa di kampung-kampung.

"Kalau Datuk Seri Najib dan Rosmah tidur sebilik, mereka dua orang, (kadar) sama dengan Timah dan Mamat di Tambun Tulang (Perlis).

"Tidak ada (kadar) elektrik yang kata bahawa kalau amoi pakai harga murah, Datuk Seri Najib harga mahal. Sama sahaja kadarnya. Tidak ada beza.

"Jangan bincang sehingga rakyat boleh tertawa bahawa kita tak faham antara kompleks dan kediaman rasmi," kata Shahidan lagi.

Shahidan semalam mendedahkan jumlah bil elektrik itu, termasuk bil air RM311,174.25 sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang bertanyakan butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya.

Isnin, 28 Oktober 2013

Akaun Facebook Pembunuh Pegawai Ambank Dikesan


KELAB GREENBOC


Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.



Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.


Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!




sumber: blog pilihan-anda

ULASAN GB

Kalau kita lihat foto-foto yang dipaparkan di atas, kehidupan suspek tidaklah sengkek sangat sehingga terpaksa bekerja sebagai seorang "pengawal keselamatan".

Atau apakah pekerjaannya itu hanya sebagai satu "camouflage" (topeng) untuk beliau melakukan rompakan ke atas bank tempat beliau ditugaskan?

Bagaimanakah rekod beliau dengan syarikat di mana tempat beliau bekerja.

Bagaimana beliau dengan mudah boleh menipu dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk diambil bekerja?

Atau beliau memang mencari kekayaan dengan melakukan rompakan melalui pembunuhan kejam selama ini? Jika venar berapa banyak rompakan dan berapa banyak pembunuhan yang telah berlaku sebelum ini?

Atau.... beliau telah diupah pihak tertentu untuk melakukan rompakan tersebut untuk matlamat tertentu?

Masih banyak hal yang belum terungkai terhadap kes rompakan kejam tersebut.

Giliran Mahfuz Difitnah Di PRK Sungai Limau

Mahfuz: Sumpah, bukan saya

KELAB GREENBOC
 
 
YAN - “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

“Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

“Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: “Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah”.

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

“Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

“Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini,” katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap, dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

“Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini,” katanya. -SH

[WASATIYYAH NAJIB] Rakyat Disuruh Berjimat, Bil Eletrik & Air Najib RM2.5 Juta

KELAB GREENBOC
 
 
Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi. -SH