GALERI FOTO
Calon bebas pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mengotakan janjinya membawa karavan, kuda dan segerombolan pemandu teksi untuk kempennya.
Beliau mengunakan lambang kuda untuk kertas undinya.
Selepas 'berehat' dua hari berehat di Hospital selepas insiden 'berlanggar' dengan kereta Lim Guan Eng, beliau kembali hadir berkempen walaupun karavannya terpaksa ditunda oleh trak penunda kerana enjinnya rosak.
Beliau turut menawarkan hadirin menaiki dan bermesra dengan kuda benita berwarna coklat yang dinamakan “Jame” ini.
Beliau menawarkan diri sebagai calon yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan mengingatkan kepada Lim bahawa beliau sebelum ini pernah gentar pada ketua menteri itu pada 2008.
"Saya boleh goncang parlimen. Ingat tak masa dia baru jadi ketua menteri? Dia kata nak hapuskan Dasar Ekonomi Baru.
"Siapa yang buat laporan polis? " kata beliau disambut tepukan kira-kira 20 hadirin di hadapan Masjid Bandar Baru Air Itam selepas solat jumaat hari ini.
Backer menyatakan tidak mempunyai manifesto tetapi telah membuktikan beliau boleh menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan 10 masalah sepanjang dua minggu ini.
Beliau berkata jika Guan Eng bekerjasama dengannya masalah seperti kelancaran pentadbiran pejabat negeri dan masalah pemandu teksi boleh diselesaikan secepat mungkin.
"SPRM sila buka mata. Jadi menteri gaji paling tinggi RM 30,000 rumah lima biji, kereta lima biji dan biji pun ada lima," kata beliau.
Bagaimanapun beliau tetap memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai baik cuma mempunyai kelemahan apabila melantik penasihat yang dianggap beliau sebagai 'penyamun tarbus'.
"Najib sepatutnya melantik mereka yang berilmu di kalangan professional bukannya mereka yang hanya mahu mencari keuntungan sahaja," kata beliau.
Backer bersaing dengan tiga calon, daripada DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan seorang lagi calon bebas.
Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan