MALAYSIAKINI
Pemimpin vokal DAP, Ariff Sabri berkata, jika rakyat, terutamanya orang
Melayu, menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mengesahkan
mereka lembab.
"Kita mesti berhenti dilembukan," kata Ariff yang juga ahli Parlimen DAP Raub dalam blognya.
Menurutnya lagi, majoriti yang tidak menyokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka.
"Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit," tambahnya.
Ariff juga berkata apabila terdapat cadangan untuk memansuhkan
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan membatalkan saman, Umno dan
kumpulan Melayu membantah, "sedangkan hasil AES dinikmati oleh elit
Melayu".
Beliau juga mengingatkan orang Melayu bahawa 20 peratus Melayu teratas
meraih pendapatan bulanan sebanyak RM10,666 manakala 40 peratus yang di
tengah (M4,123) dan 40 peratus terbawah berpendapatan (RM1,686 ).
"Jangan lupa ini," tegasnya.
"Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma,
orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah
pembatalan PTTN.
"Apa orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar?
Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga? Nasi
apa yang orang Melayu makan?" tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan