MALAYSIAKINI
Kehadiran di perhimpunan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(Pulau Pinang) di Butterworth pagi ini bagi membantah pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah mengecewakan.
Hanya
kira-kira 300 orang hadir di Jalan Siram, tempat perhimpunan itu
diadakan, walaupun ia mengharapkan kehadiran sekitar 3,000.
Ketua MTUC negeri, S Ravindran (kiri) berkata kehadiran yang
mengecewakan itu adalah disebabkan oleh faktor takut kerana beberapa
akhbar tempatan memetik polis mendakwa protes aman itu adalah "haram".
"Kami benar-benar kecewa ini berlaku, pemberita yang terlibat tidak
menghubungi kami untuk menjelaskan perkara itu," kata Ravindran dalam
ucapannya.
Beliau juga bertanya mengapa ditanam rasa takut di kalangan pekerja
dan menghalang mereka menghadiri perhimpunan tersebut.
"Kami mempunyai hak untuk berhimpun dan kita ada permit," kata Ravindan sambil menambah bahawa mereka tidak mengganggu sesiapa.
Menurutnya, mereka golongan yang berpelajaran dan tahu bagaimana hendak menganjurkan perhimpunan aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan