Roketkini.com
TELUK INTAN: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini
telah membuat satu laporan polis terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA) supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Teluk Intan.
Laporan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Pengarah Jabatan Pilihanraya
Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah
Hilir Perak, petang tadi.
Fakhrulrazi berkata, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengeluarkan kenyataan demikian.
“Tindakan Zahid mengugut dan menawarkan ganjaran kepada
anggota RELA yang mengundi BN dalam PRK Teluk Intan adalah bertentangan
dengan etika di sebuah negara demokrasi.
“Beliau sebagai pemimpin sebetulnya harus menunjukkan
kepimpinan baik dengan berkempen secara bijak dan bukannya melakukan
tindakan sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan
polis.
Howard pula menegaskan, Pemuda Pakatan tidak dapat menerima
alasan bahawa Zahid hanya berjenaka dan mencabar beliau supaya
menyatakan perundangan mana yang membolehkannya menyemak siapa mengundi
BN atau tidak.
“Ketua SPR juga telah memaklumkan pada saya bahawa tidak
ada sesiapa melalui apa juga kaedah boleh mengetahui atau memperolehi
maklumat tersebut.
“Kami mencabar beliau menyatakan di bawah perundangan mana yang membenarkan semakan dibuat.
“Ugutan yang dibuat juga jelas bermaksud memberi tekanan
kepada anggota RELA jika Mah Siew Keong tidak menang,” tegas Howard yang
juga Ejen Calon DAP PRK Teluk Intan. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan