MALAYSIAKINI
Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadhillah
Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)
bersetuju untuk menyusun semula kadar tolnya.
Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu
kenyataan berkata Fadhilah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan
semula yang dilaksanakan PLUS dan diumumkan pada 17 November 2011.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching kelmarin
Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan
daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh
masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan
sebarang kenaikan.
Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan
menyatakan bahawa PLUS, yang memiliki konsesi lebuh raya paling
menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan