HALAMAN SANTAI
Khamis, 3 Julai 2014
Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat
Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.
"Kita akui ada peruntukan yang diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang Islam.
"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu, fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jamil Khir mengkaji semula fatwa yang telah dikeluarkan Terengganu itu bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini menjadi persoalan kepada agama Islam itu sendiri adakah terdapat perbezaan dan kenapa fatwa perlu dikeluarkan secara berbeza terutama soal murtad.
"Ia perlu diperincikan dan diselaraskan di semua negeri," ujarnya.
Kelmarin, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada mesyuarat khas kali pertama 9 Mac lalu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan Kassim pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan