wfauzdin.blogspot.com
BERLAKU lagi tragedi pesawat melibatkan MAS. Belum selesai kes MH370
kini Najib terpaksa terima satu lagi tragedi bagi meraikan banyak lagi
tragedi di era pemerintahan kerajaan tidak berkat 47% ini.
Biar banyak mana pun berlaku bala bencana, jangan fikir menteri-menteri
kita mahu letak jawatan. Berlakunya pencerobohan Lahad Datu, rakyat
diminta bertenang. Maka ada anggota keselamatan yang terbunuh dan
banyak juga yang cedera di dalam pertempuran di Lahad Datu. Penceroboh
boleh masuk ke negara ini lengkap bersenjata? Ada menteri mahu letak
jawatan. Sori beb!!
Berlaku pula kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui
apa kesudahannya. Najib cuma berani kata pesawat itu 'berakhir' di
lautan Hindi. Itulah PM kita. Sekarang, apa kesudahannya kepada
waris-waris yang terlibat di dalam tragedi MH370? Mereka diminta
bersabar dan bertenang. Ada Menteri letak jawatan? Sori Beb !!
Di Sabah, tercetus pula penculikan pelancung asing. Bukan satu kes,
berturut-turut kes di lokasi yang sama. Betapa beraninya penculik
masuk, mereka tidak hirau kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan di
situ. Bahkan, mereka berjaya menculik seorang anggota keselamatan dan
menembak seorang anggota keselamatan. Menteri kata penculik tu balas
dendam? Ehhh...siapa yang patutnya balas dendam? Kita ke penculik?
Yang kena bunuh dan kena culik tu siapa? Dia dapat culik dan bunuh
anggota keselamatan kita, patutnya kita yang berdendam, bukan mereka.
Mereka berjaya banyak dalam operasi jahat mereka, kita gagal banyak.
Sehingga kini kita gagal bebaskan yang diculik tersebut. Ada menteri
mahu letak jawatan? Sori sekali lagi bro!!
Terbaru pesawat lagi. Ada berita kata ditembak, ada yang kata
terhempas. Biasalah, Najib pasti jawab tidak pasti. Nasib baik Najib
tak sebut pesawat itu hanya 'berakhir' di Ukraine. Dalam sidang media
pagi tadi, macam biasa dengan muka tak sudah Najib bercakap tentang
tragedi berkenaan. Macam biasa juga, no questions...!! Standard yang
sinonim dengan PM kita. Satu-satunya PM yang amat takut bersoal jawab,
kecuali dengan wartawan Utusan atau TV3 suku bangsat tu saja.
Di negara lain, sebiji kapal saja tenggelam, menteri sudah letak
jawatan, contohnya di Korea. Sebab itu negara lain maju dan
bertamaddun. Negara kita? Kirim salam beb !!! Pelik apanya semakin
banyak bala bencana....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan