Rooketkini.com
IPOH: Sempena memperingati tragedi terhempasnya
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Pemuda DAP (DAPSY) Perak akan
mengadakan himpunan ‘sekuntum bunga, solidariti buat MH17′ pada hari
Selasa, 22 Julai di Dataran KTM, Ipoh.
Menurut Howard Lee, Setiausaha DAPSY Perak, majlis tersebut
juga sebagai pemangkin oleh warga Ipoh kepada masyarakat antarabangsa
supaya bersama memberi tekanan kepada pihak berkenaan agar keadilan
dituntut kembali dan kebenaran di sebalik kejadian dapat ditemukan.
“Beberapa artis tempatan telah dijemput dan akan
menyampaikan lagu untuk memperingati mangsa tragedi yang gugur,” kata
Howard dalam kenyataan.
“Para penyajak, penyair, penyanyi dan artis juga dijemput
hadir kerana ruang akan dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
berekspresi dan menyatakan sokongan mereka melalui cara masing-masing,”
katanya yang juga Adun Pasir Pinji.
Tambahnya, program akan bermula jam 9 malam dan hadirin
dijemput membawa sekuntum bunga pilihan sendiri sebagai tanda solidariti
bersama ahli keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi hitam yang
berlaku 17 Julai lalu.
“Semua warga Malaysia, khususnya anak-anak Perak dijemput
hadir beramai-ramai dan berkumpul berhampiran pancuran air di Dataran
KTM,” maklum Howard. – Rooketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan