KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini, berbanding lima
kawasan, malam tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan di negeri Perak itu
ialah di Kampung Air Putih, Taiping (137), Sekolah Kebangsaan Jalan
Pegoh (105), Ipoh dan Seri Manjung (107).
Sementara itu, sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana
antaranya Pasir Gudang, Johor (62), Alor Setar, Kedah (61), Bandaraya
Melaka (51), Jerantut, Pahang (57), Perai, Pulau Pinang (72) dan
Keningau, Sabah (53).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan