BRUSSELS: Pihak berkuasa Ukraine semalam mengisytiharkan kawasan timur
negara itu sebagai zon larangan terbang selepas pesawat penerbangan
Malaysia (MAS) membawa 298 penumpang terhempas di wilayah itu, kata
Badan Keselamatan Penerbangan Eropah, Eurocontrol.
Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Syarikat mengubah laluan
penerbangan mereka selepas Kiev mengesahkan pesawat MAS MH17 ditembak
jatuh oleh kumpulan pemisah kira-kira jam 10.15 waktu Malaysia.
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata penganalisis perisikan percaya
ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.
"Sejak insiden itu, pihak berkuasa Ukraine memaklumkan Eurocontrol
mengenai penutupan laluan dari kawasan itu sehingga ke altitud di Timur
Ukraine.
"Kesemua pesawat yang merancang untuk terbang menggunakan laluan itu
kini disekat oleh Eurocontrol. Laluan itu akan ditutup sehingga
diberitahu kelak," menurut satu kenyataan.
Menurut maklumat Eurocontrol, pesawat tersebut terbang pada kedudukan 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan