HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Februari 2015

9 ditahan di Tuaran edar risalah hasut keluar Sabah dari M'sia

MALAYSIAKINI


 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu di Tuaran hari ini kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam tadi.
  
"Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yg sdg edar risalah m'hasut org ramai utk keluar kan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys," katanya.
  
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi Bernama malam tadi.
  
Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat. - Bernama

Tiada ulasan: