HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Februari 2015

Jelajah liwat II tangkis persepsi terhadap Umno


liwatII
 
 
SHAH ALAM – Siri jelajah penjelasan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Pemuda Umno adalah untuk menangkis persepsi Umno sebagai dalang konspirasi kes itu.
 
Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak berkata, selama enam tahun kes itu berlangsung, ia telah dijadikan perkakas oleh PR khususnya PKR untuk menolak Umno.
 
“Selama perbicaraan kes berlangsung, Umno mengambil pendirian berdiam diri dan menghormati proses perbicaraan. Kini kes sudah selesai, ini masa terbaik buat Umno menangkis segala penipuan mengatakan Umno dalang konspirasi kes tersebut.
 
“Persepsi dibuat PR jika tidak dicegah akan menjadi wabak dan menyebabkan rakyat percaya kes liwat Anwar adalah konspirasi Umno. Justeru, penjelasan dengan fakta kes serta kronologi kes liwat perlu disampaikan kepada rakyat agar menolak persepsi negatif itu,” katanya, semalam.

Tiada ulasan: