GEORGETOWN - Mahkamah Majistret Georgetown hari ini memerintahkan
seorang pegawai kanan polis wanita membela diri atas pertuduhan sengaja
melepaskan seorang tahanan dikenali 'Kasanova', dua tahun lepas.
Asisten Superintenden L Chandkumary, 58, yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun kelihatan sedih sambil mengesat air mata di dalam kandang tertuduh sejurus mendengar keputusan itu.
Terdahulu, Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar mengarahkan Chandkumary membela diri dengan tiga pilihan setelah membuat penilaian maksimum ke atas hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Beliau berkata setelah membuat penilaian atas keterangan 16 saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie ke atas kes Chandkumary.
"Mahkamah menetapkan 2 dan 6 April ini untuk tertuduh membela diri," katanya.
Sejurus itu, peguam Danny C Navarednam berkata, anak guamnya memilih membela diri secara bersumpah dari kandang saksi.
Menurutnya, pihak pembelaan akan mengemukakan dua saksi termasuk Chandkumary.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib.
Pada 21 Oktober 2013, Chandkumary didakwa atas dua tuduhan iaitu sengaja melepaskan tahanan K Prabaharan, ketika itu berusia 45 tahun, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada jam 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah Georgetown pada 9 Oktober 2013.
Pertuduhan kedua pula, didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada jam 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.
Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya.
Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan